Tuesday, June 7, 2011

Diari 309 – Program Young Kahlifah MBSA

30 Mei 2011 hingga 3 Jun 2011, saya mengendalikan program "Young Khalifah" bersama Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) di sekyen 24 kompleks Muhibbah.

Program cuti sekolah ini dibuat bagi mengisi masa lapang anak-anak dan mereka di dedahkan dengan berbagai perkara bermanfaat. Seramai 95 anak-anak bersama di dalam program untuk kali ketiga ini.

Ada 7 Tonggak utama di dalam pengisian progam ini.
Pertama program tafakkur atau melatih minda separa sedar di dalam mengulang pelajaran-pelajaran yang dipelajari serta mengulang-ulang nilai murni yang perlu ada pada diri

Kedua ialah pembentukan nilai murni. Di dalam gambar ialah kumpulan anak-anak kecil, ketika diminta untuk menuliskan kembali apa yang mereka perolehi di dalam program ini, mereka sendiri menulis tanpa di bantu oleh fasilitator nilai yang mereka dapat dari program ini.


Ketiga ialah pembentukan kerja berpasukan di dalam menjayakan apa-apa usaha

Tonggak empat ialah pendedahan sistem pembelajaran Imam as-Syafie. Beliau adalah satu-satunya imam yang menukilkan kaedah beliau belajar hingga menjadi orang yang alim. Anak-anak di dalam program Young Khalifah ini didedahkan dengan motivasi pembelajaran imam as-Syafie ini.

Tonggak kelima program ini ialah pembentukan jatidiri. Peserta diajar mengenai keberanian berada di khalayak dan diajar menguasai seni pengucapan umum


Tonggak enam ialah persembahan Multimedia sirah junjungan Nabi dan siapa sangka, anak-anak kecil ini dapat menitiskan air mata ketika menghayati sirah junjungan ini. Satu pendedahan rasa cinta dan sayang pada Allah dan Rasul sebagai asas pembentukan syahsiah mulia,

Tonggak tujuh ialah kem ibadah iaitu peserta di dedahkan dengan sifat solat Nabi menurut Mazhab Imam as-Syafie.


Semoga kem ini memberi manfaat dan dapat terus diadakan di masa akan datang, amin..


"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"


al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

GuangZhou China

3 Rejab 1432/ 7 Jun 2011 jam 10.30 pagi

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...