Saya agak terkejut kerana dikhabarkan bahawa saya kena terbang ke Guangzhou pagi Isnin 6 Jun 2011 jam 9.00 pagi.
"Kenapa pula kena datang awal ni.." bisik hati saya yang hanya mendapat maklumat tengah hari Ahad.
Sepatutnya, saya hanya perlu ada di Guangzhou ini pada hari Rabu 8 Jun, program bersama Tabung Haji. Beberapa kertas kerja perlu saya bentangkan antaranya mengenai perniagaan di dalam Islam dan pengurusan kewangan.
Tapi bagus jugalah, sebagai persediaan awal untuk program yang julung-julung kalinya dibuat oleh Tabung Haji.
Ya.. di Guangzhou ini adalah tempat ahli perniagaan, banyak barang-barang yang hendak di eksport keluar China berpengkalan di sini. Di sini tempat pembelian secara borong untuk seluruh dunia, siapa yang dapat menguasai laluan ke sini, dia boleh menjadi usahawan berdaya saing kerana sumber barang dapat diambil terus dari kilang, tidak memerlukan orang tengah untuk mengendalikannya.
Saya ada mengenali seorang kakak yang mempunyai perniagan baju renang, dan keluahannya ialah apabila dia tidak dapat bersaing dengan perniaga Cina.
Memanglah tidak dapat bersaing kerana barang jualan pun ambil dari orang tengah yang sudah mempunyai bahagaiannya.
Ketika dia didedahkan dan dapat mempelajari bagaimana ingin mengambil terus barang jualan dari sini, dia merasa amat bersyukur, kerana tidak ada lagi kes dipermainkan oleh pengedar. Dan sekarang, dia telah lebih berdiri dengan kukuh, bersaing di arena perniagaan dengan lebih yakin.
Program bersama Tabung Haji ini ialah program "Persaraan Bersinergi", Bakal-bakal pesara akan didedahkan program persediaan persaraaan dan kursus untuk menjadi usahawan secara praktikal di sini, bermula dengan konsep asas seorang usahawan hingga pembelian barang dan diajar untuk membawa barangan pulang melalui kapal.
Program ini sangat baik dan insyaAllah, semoga dapat diteruskan pada jabatan-jabatan lain, amin...
Sesungguhnya, berniaga merupakan sunnah Nabi, ia sangat baik dan semua kita kini, boleh didedahkan untuk menajadi seorang usahawan.
"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Guangzhou China
3 Rejab 1432 / 7 Jun 2011 jam 11.15 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment