Tuesday, June 21, 2011

Diari 314 - 3 Asas Keluarga Bahagia... (Forum Bersama JAWI)

16 Jun 2011 jam 9.00 pagi, saya memenuhi undangan Forum "Seminar Pemantapan Keluarga" yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Auditorium E2 Putra Jaya.
Forum ini bertajuk "Mahligai Merana" dan saya digandingkan dengan Kaunselor Puan Salmi dari LPKKN, Kementerin Pembangunan Wanita.


Secara jujurnya, program kekeluargaan begini sangat bagus kerana sekarang, kualiti keluarga bahagia agak rendah lantaran kekurangan pertarbiahan mengenai keluarga sakinah. Akhirnya, banyak berlaku kemudharatan di dalam rumah tangga.


Kehadiran hari ini mengejutkan penganjur kerana dewan dipenuhi oleh pengunjung dari berbagai jabatan.


perbincangan mengenai keluarga sangat penting kerana ia merupakan tapak kepada sesebuah masyarakat yang baik


Antara orang besar JAWI yang bersama di dalam program ini.



Seni keluarga bahagia ada tiga perkara, 1. Iman 2. Masing-masing ada rasa hendak meningkatkan diri 3. Masing-masing menunaikan tanggungjawab.



Sesiapa yang ada tiga perkara ini akan dianugerahkan dengan sakinah di dalam keluarganya seperti firmah Allah di dalam surah Rum ayat 21. Belum tentu rumah tangga orang agama juga ada sakinah jika ketiga-tiga ini tidak ada.



Belum tentu seorang ustaz dianugerahkan dengan isteri yang baik dan belum tentu seorang ustazah memiliki suami yang baik.



Perkara ini Allah sebutkan di dalam al-Quran surah at-Tahrim ayat 10 dan 11.



Semoga Allah yang Maha Pemurah sentiasa menganugerahkan kita kebahagiaan di dunia dan di akhirat, amin...



"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"



al-faqir Ila Rabbihi



Muhamad bin Abdullah



Xian China



19 Rejab 1432/ 21 Jun 2011 jam 1.10 pagi

2 comments:

Pn Mastura said...

MasyaAllah, bagus program-program sekarang fokus kepada pembentukan keluarga... memang keluarga yg bahagia dan stabil menjadi asas kepada masyarakat yang berjaya... ni ada lagi program Pembangunan Keluarga fokus kepada masyarakat Melayu... www.konvensyenkeluarga.net.

Linda Aziz said...

salam ustaz..sy linda, nk bertanya pd ustaz mengenai ayah sy yg berpoligami lebih kurang setahun..tp x mampu dari segi kewangan dan kurang tanggungjawab terhadap ibu dan adik beradik sy..pertama, hanya sy dan sekeluarga dan Allah SWT sj yg tau ayah sy tidak mampu..ayah sy lebih banyak melebihkan masa dgn isteri barunya..adik beradik sy seramai 7 orang, ibu tidak bekerja..ayah balik rumah bila kami adik beradik dah tido dan kami juga jumpa ayah sekejap je..ape hukum nye ayah berpoligami sedangkan dia tidak berlaku adil dan tidak mampu dan kami masih berada dibawah tanggungannya..