Monday, June 27, 2011

Diari 317 – “Jom Ke Pesta Buku Shah Alam”

24 Jun hingga 3 Julai, Perpusatakaan Shah Alam menganjurkan Pesta Buku. Banyak gerai-gerai buku menyertainya.

Bercerita mengenai buku, saya sangat meminatinya hingga bercita-cita untuk membuka perniagaan berkaitan dengan buku sama ada menulis, mencetak, menjual dan apa-apa pun yang berkaitan dengannya.

Dan hari ini, dengan izin Allah, ia telah ditunaikan. Allah telah kurniakan saya sebuah kedai buku di Axis Ampang dan di Pesta Buku Shah Alam ini juga, saya mengambil sebuah gerai untuk tujuan itu.

Dan kalau nak tahu, video yang terdapat di dalam Youtube mengenai “pencuri buku agama” tu, di kedai saya le tu :)

Walaupun ada orang yang mengatakan bahawa buku adalah “Dying Business” tapi saya menceburinya kerana minat pada bidang ini.

Di bawah ini, kita boleh lihat dua sudut kejadian mencuri di kedai buku saya, bilangannya agak banyak juga.. tapi tak apalah, saya halalkan sahaja, barang kali orang ini minat nak baca, tapi tak mampu nak beli, dan bilangan yang banyak barangkali nak kongsi dengan saudara maranya…

Semoga satu hari nanti, bidang ini akan dapat dibuat dengan skala yang lebih besar lagi, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

25 Jun 2011/ 27 Jun 2011 jam 7.50 pagi

IMG_2036

Gerai buku saya di Pesta Buku Shah Alam

IMG_2030

Suasana di dalam gerai di pesta buku

Youtube ini diupload oleh pekerja saya, ia sebagai iktibar bahawa pencuri berada di mana-mana disekeliling kita..

6 comments:

Hamba Allah said...

as salam ustaz, mereka curi buku apa tu? tak mampu nak beli mungkin..

Anonymous said...

Kemungkinan akan dijual (bukan tuduh tapi andaian utk kita berhati2). Sbb sekarang ni kecenderungan org ramai pada agama membuka peluang bagi org2 seumpama tu.

Pernah didatangi (samada dipejabat atau di R&R dll), oleh mereka2 yg jual buku2 agama? . Mereka akan bubuh cop kat buku2 tu utk rumah kebajikan ke, anak2 yatim ke, dll jadi kita ni beli lah, walau kita tahu buku2 tu lebih mahal .(Saya tahu sbb involve dgn penjualan buku2).

Mereka akan cari buku2 yang tak de tulis harga atau pun mereka akan tutup/padam & letak harga baru.

Sebab tu kalau nak beli buku, beli le melalui penceramah2 yg kita kenal yg buat kuliah kat kelas kita atau pi terus kat kedai.

Wlu bagaimana pun, terpulang le...Klu beli drp depa semata2 kerana Allah, tanpa tahu tu buku curi, kita tak terlibat. Di sisi Allah ada le ganjarannya insyaAllah.

Sekadar memberitahu melalui pengalaman.
Sekarang ni mcm2 bole berlaku kerana duit. Kadang2 staf yang dah diberhentikan dari rumah2 kebajikan masih amik kesempatan dgn gunakan tag nama atau resit2 tempat dia bekerja dulu. Terpulang le pada kita.. nak derma, derma, tak nak derma, diam aje..Tapi benda2 baik sampai2kan le..

Mohd Arshad Ali said...

Salam...depa curi nk jual...jika nk baca ambil satu je ini ambil banyak..masyaallah mcm2 negara 1 malaysia.

boxhousestudio said...

ish ish ish....mengapa syaitan suka mengganggu anak-anak adam ni?...susah hati BHS di buatnya....melangkah ke tempat yang tak baik apatah lagi...ALLAH ALLAH ALLAH....

Anonymous said...

Dah terang2 ada niat untuk mencuri. Ini yang dikatakan manusia yang tidak takutkan hukuman ALLAH. Adakah dengan tidak mampu sebagai alasan bagi manusia untuk mencuri? Benarlah apa yang dikatakan, hanya iman dan taqwa yang membezakan manusia.

Anonymous said...

salam,ustaz,pencuri tu akhirnya lepas gitu je ke..