Saturday, June 11, 2011

Bicara Ilmu 35 – “Kursus Persaraan Bersinergi Tabung Haji, Guangzhou China..”

“Program Pra-Persaraan” begitulah nama program yang dianjurkan oleh Tabung Haji kepada para pekerjanya yang mahu bersara tidak lama lagi.
Saya rasa ini satu program yang sangat baik.
Bakal-bakal pesara di bawa ke Guangzhou China, mengikuti “Seminar Pesara Bersinergi” dan sekaligus dibawa untuk memahami selok-belok perniagaan di sini. Bermula dari 7 Jun 2011 hingga 12 Jun 2011, mereka juga didedahkan mengenai kaedah penghantaran barang pulang ke Malaysia.
8 Jun 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga 5 petang, saya diamanahkan untuk membentangkan mengenai persediaan mental dan fizikal menghadapi persaraan sekaligus membicarakan perniagaan di dalam Islam. Program dibuat di Euro Asia Guangzhou China.
Saya ingin kongsikan beberapa isi penting di dalam salah satu pembentangan ini.
1. Pentingnya menjadi usahawan
Usahawan adalah salah satu individu yang memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan umah Islamiyyah. Ini kerana, usaha menguatkan ekonomi umat Islam adalah usaha yang besar kerana umat yang kuat ekonominya adalah umat yang ada kekuatan lahir bagi membuat sesuatu.
2. Galakkan Islam di dalam perniagaan sangat banyak, antaranya ialah:-
1. 9 /10 rezeki dalam perniagaan
2. Rezki terbaik adalah rezeki yang diusahakan oleh tangan sendiri
3. Rasa iri dibolehkan pada 2 perkara , antaranya ialah kamu melihat seorang kaya yang berharta dan menginfaqkan hartanya di jalan Allah, maka kamu ingin menjadi sepertinya (maksud hadis)
4. Golongan memberi terbaik hingga di dalam hadis Nabi SAW menyatakan bahawa tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.
5. Di antara golongan yang diberikan perlindungan arasy di akhirat nanti ialah orang yang bersyukur hingga tangan kanan memberi tangan kiri tidak mengetahui.
3. Kemiskinan perlu dihapuskan
Selain itu kemiskinan amat ditentang di dalam Islam hingga nabi SAW bersabda bahawa kefakiran akan menghampiri kekufuran.
4. Prinsip Memulakan Pernigaan
Selain itu, ada lima prinsip penting bagi memulakan perniagaan iaitu :-
1. Ilmu & Semangat (Tahu apa nak niaga)
2. Modal (tangible/intangible)
3. Pengurusan (menurut Islam & undang – undang)
4. Sumber (Barang niaga)
5. Promosi kepada sasaran yang betul
5. Pasaran
Selain itu, kita perlu juga tahu bagaimana ingin memasarkan dan juga ingin mengembangkan sesuatu perniagaan.
6. Memahami tipudaya.
Antara yang paling penting di dalam perniagaan juga ialah memahami tipu daya manusia dan kita kena kongsikan dengan ramai orang kerana tipu daya pernigaan berbagai-bagai.
Peserta kursus ketika ini begitu bersemangat menceritakan mengenai tipudaya perniagaan yang pernah mereka hadapi. Berbagai jenis tipu daya perniagaan dan dengan memahami perkara ini, kita akan lebih matang di dalam mengendalikan sesebuah perniagaan.
Semoga, kursus ini, paling kurang dapat melahirkan usahawa kecil sederhana selepas persaraan mereka.
“Ilmu Pelita Hidup”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
9 Rejab 1432/ 11 Jun 2011 jam 3.00 petang
IMG_0056
IMG_0054
IMG_0063
Antara kumpulan pertama Tabung Haji yang berkursus di sini.

2 comments:

Dr Liana said...

Bagus sekali perkongsian ini Ustaz, menambah lagi semangat saya untuk menceburi sektor perniagaan.

Anonymous said...

ustaz..ikut tempoh umur sunat, sy ada lagi 33 tahun sebelom bersara. boleh kah saya sertai program ini. jika ya, bagaimana saye memohon.sekian.time kasih. :)

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...