Kalau budak sekolah agama, biasanya, tokoh dakwah moden yang sering menjadi idola adalah al-Syahid Hassa al-Banna.
Ketika saya di peringkat sekolah menengah juga, saya selalu membaca mengenai kisah hidup beliau, dan yang paling memberi inspirasi pada saya ialah al-Syahid Hassan al-Banna terkenal dengan dakwah medan iaitu terus terjun ke tengah masyarakat, bukan hanya di masjid dan surau.
Yang agak terkenal ialah dakwah 5 minitnya di disko dan konsert-konsert di Mesir ketika itu.
Saya selalu tertanya satu ketika dahulu, macam mana perasaan al-Syahid Hassan al-Banna ketika naik ke pentas dengan keadaan orang sedang seronok berhibur?......
20 Disember 2010, saya dihubungi oleh Haji Noryzal, merancang untuk memberikan tazkirah ketika anak-anak muda sebaya saya yang sedang khusyuk mendegar konsert di Stadium Melawati Shah Alam.
Kala ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang menganjurkan program Selangor Ria, dalam seminggu, anak-anak muda akan diberi santapan konsert oleh penyanyi dan kumpulan terkenal.
Cuma…..
Di tengah-tengah konsert itu, akan di adakan tazkirah di atas nama “Sembang Santai…”
Rabu 22 Disember 2010 jam 8.45 malam, saya bergegas dari TV9 menuju ke Stadium Melawati. Malam ini, anak muda di Shah Alam sedang menikmati persembahan dari dua kumpulan terkenal iaitu kumpulan Jinbara dan Lan & Typewriter.
Di dalam kereta, saya menukar pakaian yang lebih santai. Krew Usrah TV9 juga ada bersama untuk membuat rakaman program malam ini.
9.05 malam, saya telah sampai di Stadium Melawati, saya terus diiring ke khemah urusetia, kumpulan Jinbara sedang panas memberikan persembahannya, sebelum kumpulan Lan & Typewriter pula naik, saya akan mengisi “Sembang Santai”.
Di bilik urusetia, sempat juga berbual dengan Lan, secara fitrahnya, semua orang memang ada perasaan untuk menjadi baik, cuma kadang kala, tidak menemui orang yang dapat membimbing mereka.
“Ok ustaz jom” kata Haji Noryzal.
Jam 9.15 malam, saya dijemput naik ke pentas, saya memerhatikan sekeliling, tidak seperti keadaan di masjid dan surau yang rata-rata orang berketayap, baju melayu dan kain sarung. Tidak juga melihat orang terhangguk mengantuk mendengar penyampaian.
Di hadapan saya sekarang penonton seramai lebih 2000 orang dengan berbagai keadaan, berseluar jin, berpelukan, rambut berwarna, kening bertebuk dengan besi, hidung bersubang dan sebagainya.
Haji Noryzal pandai mengendalikan majlis,
“Yeeaaaaah… katakan yeaaaaah pada Selangor Ria….”
“Yeaaaaah…. Semua yang ada bersorak.
“Ok semuaaaaa, malam ni kita akan bersama ustaaaaaaaz Muhaaaaaaammad” beliau memperkenalkan saya seperti di dalam Wresling WWF.
Semua yang ada begitu teruja, entah kenal atau tidak…. Ataupun agaknya mereka ingat saya akan menyampaikan kisah-kisah lawak seperti Abon atau Nabil Rajalawak.
“Yaaah… malam ni, kita akan bersembang mengenai “Semangat Orang Muda”… kata saya memulakan kalam.
Saya bersembang mengenai semangat orang muda…
Orang muda memang ada kegilaannya, yang paling menarik ialah, Rasullullah pandai menyalurkan kegilaan anak muda pada tempatnya.
Abdulrahman bin Auf, keghairahannya adalah berniaga, diberi laluan untuk berniaga, Usamah Bin Zaid, semangat anak muda, 17 tahun telah memimpin bala tentera perang, Hassan bin Thabit, membangunkan pendidikan dengan syair-syairnya.
Cuma, anak muda perlukan bimbingan, untuk mereka datang mencari bimbingan itu, agak sukar, jadi, kita yang pelu datang pada mereka.
Alhamdulillhah, sembang santai dapat disempurnakan dengan jayanya, paling kurang, sekalipun mereka sedang berhibur dengan konsert, ada juga diselitkan dengan santapan rohani.
Semoga program seperti ini dapat dibuat, kita bukan mencampurkan yang buruk dengan yang baik, tetapi kita turun kepada yang buruk untuk menerangkan yang baik. Janji Allah di dalam al-Quran:-
Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil akan lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan lenyap. (surah al-Isra ayat 81)
Yang baik perlu sampai ke tengah masyarakat walau apa keadaanya, semoga dengan turunnya yang baik ke tengah masyarakat, maka yang batil pasti akan lenyap.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
17 Muharram 1431/ 23 Disember 2010 jam 2.oo petang
Bersama Lan, secara fitrahnya, semua orang ada naluri kebaikan, cuma perlukan pembimbing
Haji Noryzal menjemput saya naik ke pentas
Sembang santai sebenarnya tazkirah, tapi ditukar nama agar orang tak terkejut
Tajuk hari ini ialah “Semangat Orang Muda”
Sembang santai program antara dua konsert
lebih 2000 orang malam ini berada di sekitar konsert
Kebenaran kena datang pada mana-mana tempat sekalipun…
7 comments:
Salam ustaz
Satu pembaharuan...Ustaz bercakap, memberi hujah melalui tulisan dan seterusnya turun bertazkirah biarpun seminit dua. Moga-moga penyampaian itu memberi kesedaran.
Semua org pandai berkata-kata tp sikit yg membuat/mempraktikkannya.
Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan di mana shj ustaz berada.
hehehe~ power la ustaz! saya tak pernah pegi mana2 concert (tak berminat tempat2 yg sesak bingit) dan insya-allah takkan pergi.
tp seriously, saya boleh rasa yang pegi malam tu, pasti balik dengan membawa seribu tandatanya terhadap diri sendiri (yang menuju kearah kebaikkan)
awesome ustaz!
Mabrouk Ustaz!
mudah-mudahan pembaharuan ini membuka minda dan jiwa mereka.
salam ustaz,
syabas!!! nak tunggu dia orang ni dtg masjid ntah bila. kalu ceramah kat masjid, yg dengar nye yg mmg dah suke ke masjid... jadi bagus lah ustaz dtg kepada mereka mcm sebelum ni ustaz buat kat tapak expo dan juga masuk hutan dgn geng 4WD. teruskan usaha ustaz, Allah bersama sama ustaz.
Salam Ustaz,
Saya amat menyokong penuh usaha Ustaz dalam menyampaikan dakwah pada anak2 muda. Harap lebih banyak lagi usaha2 begini dibuat dan harap lebih ramai lagi ustaz2 yang lain mengambil pendekatan yang serupa dlm usaha menyampaikan kalimah ALLAH pada anak2 muda yg kehausan sekarang.
sangat2 sedih dgn keadaan masyarakat sekarang yg terlampau banyak dihidangkan dgn budaya hedonisme. sikit2 konsert, sikit2 nyanyi, dalam majlis apapun mesti nak diselit dgn hiburan yg melalaikan. kadang2 kasihan dgn anak2 kecil pun turut dididik dgn hiburan2 salah macam ni. begitu banyak program realiti untuk melahirkan penyanyi2 baru, seolah2nya kemajuan itu bermaksud dengan mempunyai ramai penyanyi, barulah negara kita akan menjadi maju... nauzubillahi min Zalliq.
Sungguh berat tugas2 para Da'ie sekarang ini ibarat perahu kecil yang mahu melawan dgn ombak besar, namun ganjarannya sgt besar di sisi ALLAH. apapun, kita sendiri pun masing2 punya tugas dan tanggungjawab dlm menyebarkan Islam spt mana yg disebut dlm Hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud "sampaikan daripadaku walau sepotong ayat". moga kita semua sdikit sebanyak, ada sumbangan dlm menegakkan kalimah ALLAH ini spt si burung kecil yg berusaha utk membantu memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim.
Semoga ALLAH memberkati usaha Ustaz... amin....
ustadz,
kesian kat anak anak muda kita...tak semua ustadz nak pegi dan buat camni walau pun dipinta...pelbagai alasan, yelah kan...tapi lagi kita tinggalkan lagi jauh anak anak kita pergi kan ustadz....terima kasih ustadz...
Tahniah ustaz bukan semua org blh buat mcm ustaz ni yang berani dan kental dalam perjuangan. InsyaALLAH Doa kami mengiringi ustaz dlm perjuangan.
Post a Comment