9 Disember 2010, hari ini merupakan hari pertama perjalanan saya dan krew TV9 bersama rombongan Rain Forest Challenge.
Rombongan Rain Forest Challenge yang telah masuk ke dalam hutan beberap hari lalu, keluar ke bandar Kluang untuk mengisi minyak. Petang ini, bandar Kluang disimbah dengan hujan. Kami akan menyertai rombongan ini dan tempat pertemuan kami adalah di Balai Polis Kluang. Jam 2.30 petang, kami semua berkumpul di Balai Polis Kluang menunggu rombongan Rain Forest Challenge ini.
Jam 2.45 petang, dari kejauhan, seakan guruh, sebanyak 80 kenderaan pacuan 4 roda dari 21 negara dengan garangnya melintasi bandar Kluang. Perjalanan di iringi dengan peronda Polis.
Kenderaan yang membawa para wartawan dan krew TV mengambil kami di Balai Polis Kluang.
“Oh, ustaz ini” kata salah seorang ahli rombongan yang telah dimaklumkan bahawa akan ada seorang ustaz yang akan menyertai rombongan ini. (nanti ikuti pandangan ikhlas mereka mengenai golongan ustaz di dalam artikel akan datang)
Saya mula berkenalan dengan sabahat-sahabat media yang lain dari berbagai agensi. Bersama kami juga sahabat Media dari rancangan Majalah Tiga, satu program seusia wujudnya TV3.
Gambar kenangan rombongan Media sebelum bertolak dari balai Polis Kluang.
Saya menaiki kenderaan Presiden Kelab 4x4 Lipan Bara, Kelab Lipan Bara antara kelab yang ditugaskan membawa pihak media, di dalam kenderaan ini, penuh dengan peralatan komunikasi dan kembara.
Sukan lasak 4x4 ini memang satu sukan yang sangat mencabar, Mat Salleh suka di tempat kita kerana hutan kita antara hutan yang mencabar untuk merentasinya.
Kami mula memasuki kawasan hutan simpan Gunung Berlumut
Antara kenderaan petugas
Berehat sebentar di tengah jalan
Pasukan Paramedik tentera juga bersama kami, di dalam hutan, macam-macam boleh berlaku.
Lubang gajah, lubang yang dibuat oleh penduduk kampung untuk menahan gajah dari menyeberang agar tidak merosakkan tanaman, pacuan 4 roda terpaksa melaluinya dengan penuh cabaran.
Kami mula memasuki hutan Gunung Berlumut, badan kami dihempas ke kanan dan ke kiri ketika pacuan 4 roda ini cuba menstabilkan kedudukan dari terbalik
Berehat seketika di satu kawasan, hari semakin gelap dan kami perlu segera ke destinasi perkhemahan
Hidup dihutan agak mencabar, kita tidak boleh cerewet untuk makan dan minum, asalkan halal dan kena caranya, kena telan sahaja, cuba lihat air disebelah saya, beginilah antara sumber air dihutan ini.
Sampai sahaja di tengah hutan ini, para peserta terus membuat khemah dan dapur, di dalam hutan, suasana lebih cepat gelap dari di luar, ini kerana, kita semua terlindung dengan pokok-pokok besar.
Seakan pasukan tentera, semua peserta terus membuat khemah dan dapur
Khemah ala tentera peserta, tak sampai setengah jam, dengan cekap, ahli pasukan siap membuat tempat menginap dan dapur.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hutan Gunung Berlumut Johor
9 Disember 2010 jam 10.00 malam
*** di post dari The Zon Regency Hotel Johor Bharu 13 Dis 2010 jam 5.30 petang
2 comments:
Aslkm
WAH ustaz tentu seronok menikmati satu lagi alam dunia yg berbeza... keindahan ciptaan Allah.
Salam Ustaz,
Satu pengalaman yang menyeronokkan.
Post a Comment