Wednesday, December 22, 2010

Sekilas 38 – Isu Non Muslim Menjadi Peguam Syarie

Baru-baru ini, Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka bersetuju untuk menyatakan agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Ada ahli muzakarah yang tidak bersetuju dengan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan ini, antaranya Mufti Perlis kemudiannya giat menulis mengenainya (http://www.malaysiakini.com/news/151256)

Saya rasa terpanggil untuk menulis perkara ini kerana saya salah seorang daripada pegamal undang-undang syarie di Malaysia dan saya ingin ulas perkara ini berdasarkan realiti perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia.

1. Perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia berlainan dengan perjalanan mahkamah negara lain. Pertamanya soal bidang kuasa mahkamah syariah yang kecil dan ia tidak mencakupi persoalan kehidupan yang lebih luas, ia hanyalah mencakupi bidang yang terlalu kecil iaitu perkara yang berkaitan dengan orang Islam sahaja, sama ada kekeluargaan mahupun jenayah Syariah. Sebagai contoh, Jika dua orang di dapati berzina, seorang Islam dan seorang lagi kristian, hanya orang Islam sahaja yang akan dikenakan hukum di mahkamah syariah di Malaysia kerana mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa terhadap orang kafir.

Realiti ini berbeza dengan kes di zaman Rasullullah kerana bidang kuasa hukum Islam itu menjangkau soal kehidupan yang lebih luas sama ada kehidupan hingga kepada orang kafir seperti di dalam kes baju besi yahudi dan Saidina Ali.

Ia juga berbeza dengan negara Mesir yang bidang kuasa mahkamah itu lebih luas dari yang ada di Malaysia. Kita tidak boleh berhujjah dengan mendatangkan contoh pada dasar dan keadaan yang tidak sama.

2. Konsep dan etika Peguam Syarie di Malaysia bukan sebagai pembela seperti yang fahami oleh sesetengah pihak, tetapi peguam syarie adalah orang yang membantu mahkamah di dalam memutuskan sesuatu perkara. Ini kerana, hukuman yang akan dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Syariah bukan sahaja berkaitan dengan hak di dunia, tetapi tanggungannya hingga ke akhirat. Ini yang didoktrinkan pada kami Peguam Syarie terutama bagi yang mengambil Diploma In Law And Administation Of Islamic Judiciary (DAIJ) yang melayakkan seseorang itu menjadi peguam Syarie. Bagaimana orang yang tidak percaya pada Allah mahu berpegang kepada etika tanggungan hingga akhirat?

Sebab itu, bagi peguam Syarie yang benar-benar berpegang kepada etika ini, mereka tidak akan membela orang salah sekalipun tawaran pembayaran khidmat professional itu dibayar dengan berkali ganda.

Alangkan di kalangan orang Islam pun ada yang melupakan tanggungan akhirat ini, mahu diharapkan orang kafir berpegang padanya?

3. Selain itu, keputusan yang dibuat di Mahkamah Sivil tidak sama dengan Mahkamah Syariah. Mahkamah sivil, keputusan kes-kes terdahulu akan mengikat keputusan seorang hakim sedangkan di Mahkamah Syariah, keputusan kes terdahulu tidak mengikat. Jadi setiap keputusan adalah ijtihad bagi hakim, jadi peranan peguam Syarie adalah membantu hakim di dalam berijtihad, sudah tentu pembantu untuk ijtihad sesuatu hukum, orang yang juga mahir di dalam hukum itu dan sudah tentu jika berkaitan dengan syarak, orang itu mestilah muslim. Mana ada dalam sirah Rasullullah dan para sahabat yang mengambil pandangan orang kafir untuk mentafsir hukum Allah. Lihatlah ayat-ayat Allah yang melarang kita mengambil orang kafir sebagai pelindung, pembela pemimpin, teman rapat dan sebagainya.

Surah al-Ankabut ayat 41, surah al-Zumar ayat 3, surah al-Syura ayat 9, surah al-Mumtahinah ayat 1, surah Ali Imran ayat 28 dan puluhan ayat lagi.

4. Dasar hujjah yang digunakan di dalam penghujahan adalah berdasarkan dalil syarak. Jika kita telita tuntutan, pembelaan dan sebagainya di Mahkamah Syariah, ia berdasarkan hujjah syarak. Bagaimana orang kafir yang tidak percaya kepada al-Quran dan hadis ini mampu berhujjah pada perkara yang mereka tidak faham. Jika atas tiket dakwah agar mereka masuk Islam, dahulukan cara lain untuk dakwah, jadikan mereka peguam pemerhati dan bukannya laluan untuk bergelanggang.

5. Membenarkan orang kafir menjadi peguam syarie bermakna membenarkan dan memberi pengiktirafan pada mereka mengulas segala isu syariah. Bayangkan jika mereka akhirnya memberi ulasan bahawa hukum syarak sebenarnya memang tidak sesuai diamalkan. Walaupun tidak memberi apa-apa kesan pada enakmen, tetapi kita memberi pengiktirafan pada mereka untuk mengulas perjalanan hukum dan Mahkamah syariah mengikut pemahaman mereka, dan jika perkara ini terjadi, ia akan lebih mengelirukan. Akhirnya, apa yang tinggal pada umat Islam?… hanya melihat agamanya terus diperleceh tanpa mampu berbuat apa-apa di tanah airnya sendiri…

Bagi saya secara peribadi, di dalam realiti perjalanan Mahkamah Syariah di Malaysia, saya menyokong Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka yang menyatakan agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie.

Non-Muslim boleh untuk menjadi peguam Syarie jika satu hari nanti, bidang kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan hingga dapat mendengar dan membicarakan kes-kes yang menjangkau tuntutan hingga kepada orang bukan Islam dan di dalam bidang yang lebih luas lagi.

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

16 Muharram 1431/ 22 Disember 2010 jam 2.30 pagi

12 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Kalau kita yakin Islam tu agama yang benar... kenapa nak takut sgt ???

Dengan membenarkan Peguam Syarie diamalkan oleh Orang bukan Islam,

- lebih ramai peguam yang akan tahu kehebatan Islam dan mungkin akan masuk Islam.

- Menunjukkan kita tak ada apa nak selidung. Nama pun kat mahkamah, semua berdasarkan fakta.. apa nak risau belit pa semua.

Aduhai... jgn la jumud sgttttttt...

ijoismart said...

Salam
Saya sokong ustaz Amin.

Irdina said...

Saya bersetuju dengan pendapat Ustaz.

Anonymous said...

Encik Shahabudeen berhujjah guna logik akal...

Anonymous said...

Encik shahabudin.

Niat tu baik utk menonjolkan kehebatan Islam, tetapi bagi saya penonjolan tersebut perlu kepada perancangan yg rapi, bukan sekadar 'redah' mcm tu saja..ini bukanlah jumud, tetapi brdsarkan waqi`i semasa yg tak benarkan.

cuba bayangkan, kita wajib buat hukum Islam, tp kerajaan Pusat tak bagi, bolehkah kita laksana sendiri2 mcm tu ja, jadi perlu perancangan, antaranya, pndidikan dll dan antara yg paling penting UNDI ANDA nanti, skdar cth...

Jadi, saya setuju dgn kesimpulan ust Amin:
"Non-Muslim boleh untuk menjadi peguam Syarie jika satu hari nanti, bidang kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan hingga dapat mendengar dan membicarakan kes-kes yang menjangkau tuntutan hingga kepada orang bukan Islam dan di dalam bidang yang lebih luas lagi."

Boy said...

aku sokong kau 100% shahabudeen

am said...

saya setuju dgn pendpt ustaz dan anonymous,nak tunjuk kehebatan islam/berdakwah tidak smestinya hinggakan membenarkan peguam syarie di amalkan oleh bkn org islam mdgr kes2 melibatkan org islam.Ada batas2 nya,kecualilah kuasa mahkamah diperluaskan dan ade pertimbangan2 yg perlu diambil kira..sekiranya ade kes2 yg melibatkan isu2 agama/murtad,b/mana?
itu secara lgsung tunjuk kehebatan/kelemahan org islam kpd org bkn islam?takut2 org bukan islam yg blum mngerti n memahami islam sepenuhnya membuat kesimpulan ttg islam yg tidak benar.

Anonymous said...

salam semua...saya sokong 100% ustaz Amin..dia tahu apa yang dia cakap..janganlah bersangka buruk..kita semua hamba Allah..buatlah yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan sebenar2nya nanti taklah mengelabah di mahkamah akhirat nanti...Allahualam..teruskan perjuangan kejalan yang benar ustaz..semuga segala yang ustaz lakukan akan diberikan ganjaran yang hebat dari AllahSWT didunia dan akhirat..insyaAllah sister in islam.

Anonymous said...

Bolehkah mengkiaskan urusan kehakiman dengan hukum wakalah jual beli?
Jawapan kepada pndapat Dr Juanda, Muti Perlis, rujuk:

http://drasmadinet.blogspot.com/2010/12/komen-dr-asmadi-dr-juanda-peguam-syarie.html

Anonymous said...

assalamualaikum.semoga semua pembaca berada dalam rahmat Allah S.W.T.
macam mana nak tunjukkan kehebatan kalau saudara islam sendiri yang beri pendapat kita hentam?
setuju sangat2 yang ini bukan jumud tetapi lebih kepada perancangan.
di mahkamah pun ada juga putar belit.
hidayah itu pemilik hati.

Anonymous said...

Saya setuju dengan ustaz. Dahwah kan dulu non muslim tu agar masuk agama islam baru dibenarkan jadi peguam syarie. Adakah dia akan menggunakan ayat alquran dlm penghujahan kalau dia sendiri x mempercayainya?

Cik Syarah said...

Sy mnx izin ustaz utk kongsi & masukkn pndgn ustaz dlm assignment sy:
"Langkah tdk mmbnrkn peguam bkn islam drpd beramal di mah syariah adlh suatu yg tdk adil. Huraikan kenyataan trsbt brdsrkn Hukum syarak dan undang2 semasa"