“Ustaz, nak cakap sikit boleh?” kata Imam Mustafa Saidin, Imam Masjid Negeri Shah Alam, sambil menarik tangan saya.
“Ya, apa dia ustaz?” tanya saya agak kehairanan.
Rupanya ustaz Mustafa mengajak saya ke dalam bilik Imam untuk bersama-sama minum petang bersama Dato’ Hasan Ali, Dato Ismail Kamus dan Dato’ Dr. Harun Din.
Petang ini 6 Disember 2010, ketika masuk waktu Maghrib, maka bermulalah tahun baru Hijrah 1432, bermakna, 1432 tahun lalu, peristiwa hijrah terjadi.
Di masjid Negeri, sejak waktu Asar telah diadakan forum mengenai Hijrah. Bacaan doa akhir tahun dibacakan beramai-ramai di dewan solat utama tingkat satu di masjid negeri ini.
Selepas Maghrib, diadakan sambutan Maal Hijrah. YAM Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman menggantikan kekandanya, DYMM Sultan Selangor merasmikan majlis malam ini.
Malam ini juga merupakan satu hari yang bersejarah apabila, buku yang saya susun (dengan izinNya) yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor, telah dilancarkan oleh wakil Sultan Selangor.
Buku bertajuk “Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab Imam as-Syafie” ini adalah hasil tulisan kursus solat yang telah saya anjurkan (dengan izinNya).
Ia juga telah didokumentasikan di dalam rancangan “Panggilan Agong” di Astro Oasis.
Semoga ia memberi manfaat kepada saya dan kita semua di dalam memperelokkan lagi kualiti solat, sesungguhnya, solat itu pasti dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
The Puteri Pacific Johor Bharu, Johor
3 Muharam 1432/9 Disember 2010 jam 4.15 pagi
Minum petang bersama tokoh agama dan politik tanah air
“Mmm, lama tak tengok Dato’ Haron pakai songkok hitam” kata Dato’ Hasan Ali menyakat Dato’ Dr. Haron ketika minum petang.
Eh.. anta ni..? kata Dato’ Ismail Kamus. “Ya..ya.. anak Arwah Ustaz Abdullah” kata saya spontan pada Dato’ Ismail yang memang baik dengan Arwah Ayahanda saya. Bertemu dengan kawan-kawan arwah seakan bertemu dengan arwah.
Buku yang dilancarkan malam 1 Muharram 1432
Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman menggantikan kekandanya, DYMM Sultan Selangor merasmikan majlis malam ini seterusnya melancarkan buku terbitan MAIS ini.
Imam Mustafa Saidin, Imam Masjid Negeri Shah Alam, selalu berganding dengan saya di dalam program “Promise” di Shah Alam, satu program kuliah Fardhu Ain untuk masyarakat yang diadakan di Muzium Negeri Selangor.
Ucapan YMM Tengku Sulaiman
Gimik perlancaran, mengeluarkan buku dari air batu
buku diserahkan pada MB Selangor
Antara yang hadir malam ini
Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor
No comments:
Post a Comment