Saturday, December 4, 2010

al-Ijabah 79 – Mesyuarat Rumah HIV Muslim

2 Disember 2010, jam 12 Tengah hari, saya bergegas ke Majlis Bandaraya Shah Alam. Kini saya dijemput untuk menghadiri meyuarat cadangan penempatan rumah perlindungan HIV di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Meyuarat di Bilik Meyuarat Caladenia ini dipengerusikan oleh Timbalan Dato’ Bandar. Ia di hadiri juga oleh Puan Salmah dari Jabatan Kesihatan Negeri, Puan Lela dari Majlis Aids, Haji Sabri Nazir Masjid Seksyen 17 Shah Alam dan dua wakil, masing-masing dari wakil YB Khalid (Parlimen) dan YB Radziah (DUN).

Cadangan ini telah saya utarakan sendiri kepada Datuk Bandar Shah Alam hampir setahun lepas. Alhamdulillah, baru kini dapat dipanggil untuk dibincangkan.

Saya memulakan dengan sejarah Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ketika kita membawa keluar orang dari gereja pertengahan tahun 2009. Dengan bantuan sahabat-sahabat dari MAIS semua urusan dapat dibuat dengan baik.

Pertambahan penghuni menyebabkan Darul Ukhwah sudah tidak ada tempat lagi, lagi pun telah ada penghuni perempuan. Jadi, kita sedang berusaha untuk mencari tempat yang sesuai.

Bahagaian MBSA dan Nazir masjid serta Jabatan Kesihatan Negeri menyokong penuh cadangan ini. Bagi kedua-dua wakil YB, mereka perlu mendapatkan pandangan dari sudut politik dahulu. Wakil Majis Aids pada asalnya nampak seperti kurang bersetuju, tetapi ketika diterangkan oleh ahli meyuarat dari MBSA mengenai kedudukan tempat, maka akhirnya mengiyakan.

Saya pohon doa dari semua untuk urusan ini. Tapi saya percaya pada satu perkara, takdir Allah…, kalau Allah memang menghendakinya, walaupun terhalang, ia tetap akan disempurnakan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

27 Zulhijah 1431/ 4 Disember 2010 jam 2.00 petang.

IMG_2722

IMG_2723

Terima kasih pada MBSA yang sudi memanggil untuk mesyuarat bagi isu ini…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...