Saturday, December 4, 2010

Universiti Kehidupan 176 – “Cemburu Yang Dibenarkan…”

“Ya Allah, cemburunya aku…” bisik hati saya ketika melihat senarai nama yang diberikan.

2 Disember 2010, saya dijemput untuk menghadiri masjlis peletakkan batu asas bagi pembinaan semula kompleks Bangunan Tunku Besar Kurshiah, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, lebih senang tempat ini dikenali ialah berdekatan dengan pintu masuk ke Universiti Malaya.

Bangunan ini ialah bangunan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang mula dibina pada 12 Disember 1970 bersamaan dengan 13 Syawal 1390 hijrah.

Saya diberikan dengan senarai nama Allahyarhamah-Allahyarhamah yang telah meninggal yang merupakan generai pertama penubuhan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia pada tahun 1961.

Semua yang hadir membaca bacaan fatihah dan doa untuk yang telah pergi.

Cemburu saya melihat mereka, walaupun mereka telah tiada, tetapi bagunan dan program kebajikan yang dibuat oleh generasi seteruskan akan turut mengalir pahalanya  kepada mereka.

Di dalam hadis Nabi menyatakan bahawa barangsiapa yang menunjukkan kebaikan dan kebaikan itu dituruti oleh orang lain maka baginya pahala orang itu tanpa mengurangkan pahala pembuatnya (Sahih Muslim di dalam kitab al-Ilm)

Di dalam hadis yang lain, Nabi saw menyatakan bahawa, ketika mati anak adam akan terputuslah amalannya keculi tiga, sedekah jariah (sedekah yang terus dimanfaatkan) ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya (Sahih Muslim di dalam kitab al-Wasyiiah)

Betapa untungnya generasi pertama yang mengasaskan bangunan yang terus digunakan ini.

Jam 10.20 pagi ini, dari kejauhan terdengar seren yang kuat. YMM Tunku Ampuan Najihah telah selamat tiba. YMM Tunku akan meletakkan batu asas bagi pembinaan bangunan ini.

Mari kita bercita-cita untuk menjadi orang yang menyumbang kepada agama, lebih-lebih lagi jika sumbangan itu terus dimanfaatkan.

Mari kita mewakafkan harta kita, lebih-lebih lagi wakaf pada perkara yang kekal digunakan.

Dan kita dibolehkan untuk merasa cemburu pada dua perkara,

1. apabila kita melihat orang yang alim, dan orang itu memberikan ilmunya, kita cemburu dan ingin menjadi sepertinya.

2. apabila melihat orang berharta dan orang itu bersedekah, kita cemburu dan ingin menjadi sepertinya.

(Maksud al-Hadis dari Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah memberi kita peluang untuk membuat sesuatu yang kekal pahalanya dan semoga Allah memberi juga keikhasan ke dalam hati ini untuk berbuat sesuatu amalan, amin…

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

27 Zulhijah 1431/ 4 Disember 2010 jam 1.10 tengah hari

IMG_2636

YMM Tunku Ampuan Najihah

IMG_2643

saya biasa jumpa dengan orang di sini dan biasa panggil “Makcik….!” rupanya, kebanyakkannya mereka Datin…., lepas ni kena panggil Datin Makcik :)

IMG_2668

turut hadir Tunku Hajjah Shahriah dan Tunku Puteri Intan Safinaz

IMG_2689

Generasi pertama banyak yang sudah tidak ada

IMG_2691

Semua yang ada memulakan dengan mendoakan generasi pertama yang telah pergi… untungnya mereka…. kalau kita esok, agak-agak, ada ke orang nak sedekahkan fatihah untuk kita…

IMG_2707

Majlis ini ialah majlis meletak batu asas blok baru

IMG_2713

Semoga kita juga direzkikan untuk membuat amalan yang kekal pahalanya, amin…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...