Wednesday, December 8, 2010

Diari 264 – Young Khalifah 2010

Pada cuti sekolah ini, banyak program telah dianjurkan oleh berbagai pihak untuk anak-anak pelajar mengisi masa lapang.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan saya telah bersama-sama menyempurnakan program Young Khalifah yang bertempat di Yayasan Restu.

Young Khalifah ini telah bermula dari 29 November hingga 3 Disember 2010 dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Secara peribadi, program ini cukup bagus dan ditaja oleh MBSA. Selama lima hari bayarannya hanyalah RM 50.

Ia menjadi alternatif kepada program yang agak mahal semasa cuti sekolah ini.

Dan apa komen kebanyakkan peserta:-

“Bagus kalau program ini dibuat dua minggu Ustaz” kata mereka.

“Eemm, mula-mula datang, semua muka monyok aje sebab kena paksa datang dengan mak ayah, dan ada kat sini macam tak nak balik pulak” kata saya pada mereka.

Semuanya tersenyum gembira lebih-lebih lagi ketika majlis penutup pada hari Jumaat 3 Disember 2010 jam 3.00 petang.

Seramai 160 orang peserta telah bersama-sama dan mereka di dedahkan dengan tiga isi utama iaitu fardu Ain, membaca pantas dan keterampilan diri.

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam sendiri. Beberapa ahli Majlis Shah Alam juga datang menceriakan lagi majlis penutup.

Semoga peserta Young Khalifah kali ini menjadi anak yang soleh dan solehah dan semoga anak kita terus menjadi anak yang soleh dan solehah, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

2 Muharam 1431/8 Disember 2010 jam 3.20 pagi

IMG_2800

Majlis pembukaan dimulai dengan Asmaul Husan

IMG_2811

Anak-anak muslim kita, bakal pemimpin masa depan

IMG_2812

Bersama Datuk Bandar dan Ahli Majlis Shah Alam

IMG_2837

Penyampaian sijil oleh Datuk Bandar Shah Alam

IMG_2858

Kenangan bersama peserta Young Khalifah 2010

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...