Saturday, December 4, 2010

Diari 262 – Buku Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab Imam as-Syafie..”

Alhamdulillah, dengan izinNya juga, 1 Disember 2010 jam 1.00 tengah hari, saya menghadiri mesyuarat akhir mengenai buku “Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab Imam as-Syafie” yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Buku ini adalah hasil kursus solat yang pernah saya anjurkan sejak beberapa tahun dahulu. Ia sentiasa di perbaiki dan dipertingkatkan hinggalah modul ini di dokumentasikan di dalam rancangan Astro Oasis “Panggilan Agong”.

“InsyaAllah ustaz, buku ini akan dilancarkan oleh DYMM Sultan Selangor atau wakilnya pada 6 hb Disember di Masjid Negeri, program ini juga sempena sambutan Maal Hijrah, dan ustaz selaku pengarangnya kena hadir ye..” kata Puan Sri Hartini pada saya.

“Oh ye ke?... kata saya dan fikiran saya terus menerawang memikirkan bagaimana ingin menyusun program.

Sebenarnya, saya telah dijemput untuk program TV bersama DYMM Sultan Johor dari 7 hb Disember selama seminggu.

Saya menghubungi Cik Rozimalini dari TV3 yang mengkordinasikan program di Johor ini:-

“Ustaz, saya faham, pelancaran buku tu penting buat ustaz, tak apalah, saya cuba susun macam mana ye…” kata Cik Rozi.

Sehari selepas itu, Cik Rozi menghubungi saya:-

“Assalamualaikum, ustaz ok ustaz…..” trade mark Rozi kalau bercakap.

“Ok ustaz, program tu saya dah adjust ke 9-13 hb Disember, ustaz ok tak?” kata Rozi pada saya.

“Alhamdulillah…” kata saya.

Buku yang pada asalnya akan diedarkan percuma oleh MAIS mungkin akan dijual dengan harga kos, sebagai modal untuk mencetaknya kembali nanti.

Ia sebuah buku berwarna penuh dengan kualiti kertas yang baik. Jika kita pergi ke Brunei, kita akan dapat lihat buku terbitan Majlis Agamanya diterbitkan dan dijual dengan harga kos. Buku kualiti tinggi dan tulisan dari Sohibus Samahah Mufti dikongsikan di tengah masyarakat.

Alhamdulillah, semoga memberi manfaat untuk kita semua dan semoga tugas MAIS untuk menjaga kepentingan umat Islam khusunya di negeri Selangor terus dibantu Allah, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

27 Zulhijah 1431/ 4 Disember 2010 jam 12.30 tengah hari

IMG_2566

Kenangan mesyuarat akhir bagi penerbitan buku Sifat Solat Nabi mengikut Mazhab Imam as-Syafie

1 comment:

Amirul said...

Salam ust selepas pelancaran buku ni ust di mana blh sy beli buku ini?