Tuesday, December 28, 2010

Universiti Kehidupan 182 – Sudut Pandang Chef Wan….

27 Disember 2010 jam 11.30 pagi, saya dijemput untuk memenuhi program masakan dari Chef Wan bertajuk “apa chef” di studio NTV7 di Glenmarie Subang.

Program baru ini akan ke udara bermula pada Febuari 2011 setiap hari Isnin jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Ia akan memaparkan huraian mengenai masakan dan coretan masyarakat.

Rakaman hari ini adalah episode pertama. Chef Wan akan masak Kuzi Ayam dan tajuk perbincangannya adalah   mengenai  “Aqiqah”. Penonton studio hari ini dari Persatuan Ibu Tunggal Selangor dan Wilayah.

Saya sampai sejak jam 10.45 lagi. Duduk di Studio dan berbual dengan Chef Wan, seorang yang ramah dan tidak berhenti-henti bercakap.

Dari satu topik ke satu topik. Hari ini saya nak kongsikan sikit perkara yang mungkin bermanfaat dari pandangan Chef Wan mengenai kehidupan.

Beliau seorang yang amat menghormati ibunya. Bagi Chef Wan, ibu adalah segala-gala. Menurut beliau, pernah di dalam perjalanan beliau bersama ibunya ke Spain, krew rakaman meminta agar Chef Wan berbuat itu dan ini, tapi apa kata beliau:-

“Ooooi, ibu saya first ye…”

Beliau pernah tunduk memakaikan kasut untuk ibunya, ketika di tanya, Chef Wan menjawab:-

“Mak kita dulu pakaikan kita kasut berapa ribu kali?”

Pada saya, ibu memang sumber kepada keberkatan, sehinggakan Nabi pernah di tanya oleh seseorang, siapakah yang patut aku hormati, tiga kali Nabi SAW menjawab, ibunya barulah ayah. Doa ibu adalah satu senjata untuk kita berjaya di dalam kehidupan ini.

Di dalam hadis, Nabi SAW pernah bersabda yang maksudnya:-

“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”

Bagaimana sikap kita dengan ibu kita?

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

22 Muharram 1432/28 Disember 2010 jam 11.45 malam

IMG_4189

Chef Wan, orang yang sangat menghormati ibunya

IMG_4190

Rancangan apachef adalah rancangan baru untuk 2011

IMG_4198

Bersama Chef Wan

IMG_4199

IMG_4200

Antara penonton yang hadir

IMG_4210

Berceloteh bersama Sari

IMG_4211

“Satu lagi yang saya percaya ialah sedekah akan memurahkan rezki” kata Chef Wan

IMG_4222

Mendengar celotehnya yang tak habis-habis sama ada di dalam mahupun luar program

4 comments:

boxhousestudio said...

Salam Ustaz Amin....

Alhamdulillah....syurga di bawah tapak kaki ibu...

saya memang minat dengan rancangan masakan Chef Wan dan suka dengar dia berceloteh...

Anonymous said...

Saya masukkan duit fidyah RM 28.00 ke akaun Al-Ijabah mayban 29 Dec 2010.Terima Kasih.

(harap ustaz dapat adakan inbox fidayh khas di blog usatz utk memudahkan pembayar memaklumkan dan untuk rujukan pihak pengurusan al-Ijabah.)

Terima Kasih.

Anonymous said...

salam

Safiya said...

Assalamualaikum ust, sy agak jahil tpi nk bertanya jgk pd ustz. adakah Malaikat itu makhluk Allah yg kekal iaitu xkan mati?adakah malaikat juga mampunyai umur sprt jin?maafkan saya kalau bertanya soalan yg x sepatutnya.TK

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...