Thursday, January 29, 2009

Univerisiti Kehidupan 26 – Makhluk Lain Dari Madain Saleh

Semua jemaah Malaysia yang ada di kota Mekah dan Madinah ketika ini datang dengan menggunakan visa pelancong. Ini kerana visa umrah belum dibuka lagi untuk umum. Oleh kerana visa yang dipakai oleh jemaah ialah visa pelancong, agen biasanya akan membawa para jemaah ke Madain Saleh.

Madain Saleh ialah bandar kaum Thamud. Pada kaum ini diutuskan seorang yang sebangsa mereka iaitu Nabi Saleh.

Di antara kelebihan kaum Thamud ini ialah ilmu mereka di dalam pembinaan rumah. Mereka menebuk bukit-bukit menjadi rumah mereka. Di dalam al-Quran Allah menyatakan :-

Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah (Surah al-Fajr ayat 9)

Kaum Thamud mendustakan Nabi Salleh. Mereka menyakiti Nabi Salleh. Lebih malang lagi mereka menyembelih unta mukjizat Nabi Salleh. Allah menyatakan di dalam al-Quran:-

Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah),
(As-Syams ayat 14)

Seluruh bangsa ini dihapuskan Allah. Azab yang dikenakan kepada mereka adalah azab yang belum pernah berlaku sebelumnya. Al-Quran menceritakan tentang azab ini di dalam ayat :-

Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan. (Surah Fussilat ayat 17).

Di dalam ayat yang lain, Allah menyatakan bahawa:-

Adapun kaum Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa
(Surah al-Haaqah ayat 5)

Setelah kaum ini dibinasakan, maka datanglah kaum Anbat (Nabatean) menduduki rumah-rumah mereka.

Mada’in Saleh terdiri dari tiga bahagian utama iaitu: Pertama untuk tinggal, kedua untuk sembahan dan ketiga untuk pengkebumian.

Tiga puluh empat dari makam diukir dengan tulisan dan tiga puluh satu pula diberi tarikh yang jelas. Tarikh kesemua makam tersebut, kecuali satu, jatuh di antara 1 Sebelum Masehi dan 75 Sesudah Masehi.

Satu yang menghairankan, ada makam yang dibina separuh siap. Ia berlaku pada selepas tahun 75 Masehi. Penghentian pembinaan makam yang tiba-tiba merupakan suatu misteri. Beberapa makam ditinggalkan dalam keadaan separuh siap seolah-olah ada sesuatu yang berlaku dengan mengejut.

Jemaah Malaysia yang datang ke sini kadang kala tidak di maklumkan tujuan kita menziarahi tempat laknat seperti ini. Ia perlulah dengan rasa taqwa dan hati yang ingin mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.

Kebanyakkan mereka datang dengan suka-suka dan bergelak ketawa sedangkan tempat ini tempat laknat yang lama ditinggalkan. Sudah tentu banyak makhluk selain manusia yang tinggal di sini.

Ketika saya di sini terjadi beberapa peristiwa setelah jemaah pulang dari Madain Saleh. Beberapa jemaah saya, ada di antara mereka yang lebam-lebam di badan seolah-olah digigit sesuatu.

Ada seorang jemaah dari pakej Andalusia yang kerasukkan setelah balik dari Madain Saleh. Kerasukkan ini berlaku ketika hotel Aber Garden di Mekah. Ketika hari akhir di Mekah, wanita yang kerasukan ini tiba-tiba menjerit, mengamuk dan meracau. Dia cukup marah dan mengeluarkan kata-kata, “kamu semua bergelak ketawa ye. Orang di bawah tu tengah kena seksa kamu tahu tak?". Dia menceritakan penyeksaan yang telah dilihatnya di Madain Saleh. Sewaktu kejadian Ustaz Meor dan Haji Arshad rakyat Malaysia yang duduk di sini membantu menguruskan dan mengubat jemaah ini. Setelah dibacakan sesuatu dan dipujuk akhirnya, wanita ini bersetuju untuk pergi ke airport.

Sampai di airport berlaku beberapa kejadian sehingga dia tidak dibenarkan terbang di atas sebab keselamatan. Hingga tulisan ini dibuat, wanita ini masih lagi berada di sini. Semoga Allah menyembuhkan wanita ini dengan rahmatnya. Kita doakan bersama kebaikan kita dan dia. Amin..

Sebenarnya, ketika kita menziarahi tempat seperti ini, kita perlu istigfar, berzikir meminta perlindungan dari Allah. Iktibar yang perlu kita ambil ialah mereka yang hebat teknologi pada ketika itu pun boleh dihancurkan oleh Allah.

Kaum yang pernah dilaknat, tetap menjadi iktibar kita hingga hari kiamat. Cuma , menziarahi tempat mereka bukan untuk suka-suka dan bergembira. Kita perlu merenung dan mengambil iktibar darinya.

Pergantungan pada Allah menyebabkan Allah akan menjaga kita dari segala kejahatan jin dan syaitan yang ada. Lebih-lebih lagi, pegantungan kepada Allah, menjadikan kita diselamatkan dari perkara yang lebih besar lagi iaitu sengsara di akhirat.

Sekadar renungan kita bersama. Mungkin ada di antara kita yang sukar menerima cerita ini kerana di luar logik akal, tetapi, kita terpaksa akur bahawa, banyak hakikat kehidupan ini dibantu dengan wahyu kerana akal tidak mampu menghurai segala-galanya.

6 comments:

Hunny said...

Salam ustaz,

Tak sangka di bumi anbiya' pun ada 'makhluk' lain. Susah juga nak percaya.Masa saya ke Pyramid Giza dengan seorang sahabat baik tahun 2007, dia jalan sensorang,ambik gambar guna digital camera, tetiba nampak dalam gambar tu ada 'benda' lain..kami tunggu dia kat pintu keluar, agak lama pas tu baru dia sampai, muka pucat.. dia cerita, bila tengok gambar tu, dia panik, dan tak jumpa jalan keluar.. terus dia delete, baca ayat Kursi,then jumpa kami di luar. Alhamdulillah, dia tak histeria. Saje nak kongsi..

Shahabudeen Jalil said...

makhluk tu nak masuk dalam gambar gak.. biar je la.. dia pun ada keinginan gak. Dah dia tak pernah tengok alat tu. Apa daa.. ?

Anonymous said...

Assalamuaikum ustaz saya ingin bertanya tentang pembahagian harta pusaka, apakah seorang penagih dadah yg mempunyai keluarga dan tidak bertanggungjawab kepada keluarga berhak mendapat harta pusaka?
Soalan yang kedua ialah semasa ayah saya masih hidup dia pernah berpesan bahawa bahagilah harta yg ada sama rata tetapi di dalam geran telah ditulis separuh daripada nama anak-anaknya dan ada yg tak tercatit namanya, bagaimanakah cara pembahagian harta pusaka tersebut?

e-mail:nsyahmi_0318@yahoo.com

Ustaz Amin said...

1. Sekalipun dia penagih dadah, haknya tidak boleh diketepikan. Cuma, jika harta itu pasti akan menyebabkan dia lebih rosak, harta itu hendaklah ditandbir seorang yang boleh dipercayai.

2. Wasiat tidak boleh kepada waris. Tetapi jika ayah telah berikannya semasa hidup (hibah), dan semua adik beradik telah menerimanya maka harta itu hendakalah diberikan sama rata. Caranya ialah masukkan nama yang belum masuk atau adik beradik lain boleh membeli hak adik beradik yang lain.

Sebagai contoh, jika tanah itu harganya RM 100 000 ribu, bahagi lima orang, maka seorang dapat RM 20 000 Ribu. Abang boleh beli hak adik. Bayar pada adik haknya dan tanah itu bolehlah menjadi milik abang.

h a r i z, H said...

makhluk macam mana? sebab selalunya orang kita kaget bila tengok "benda2 pelik" dlm gambar dari negara2 arab ni contohnya jordan saudi mesir. mungkin "makhluk" tu sebenarnya debu2 dan pasir2 yang terapung di udara disebabkan kawasan sini kuat berdebu dan flash fired terhalang oleh debu2 tu mencipta imej "makhluk" tu. memang dah biasa gambar macam tu. tapi, sebab benda ni tak berlaku di malaysia, org kita kaget lah.

*p/s bergantung pada waktu dan tempat gambar diambil.kekerapan berlaku di malam hari pada musim sejuk

Anonymous said...

Salam, Ustaz,

ada kawan saya yg mengatakan bahawa ada hadith yg melarang dari melawat tempat kediaman Kaum Thamud tersebut. sekiranya tidak, kecelakaan yg sama menimpa kaum Thamud akan menimpa mereka yg pergi ke situ.

Boleh saya dapatkan pandangan Ustaz?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...