Saturday, January 10, 2009

Dairi 22 - Kursus Sifat Solat Nabi Menurut Mazhab Imam as-Syafie di UM

Hari ini, 10 Januri 2009, saya mengendalikan sebuah kursus sifat solat Nabi menurut Mazhab Imam as-Syafie dan bacaan fatihah secara bersanad bersama mahasisiwa/i Fakuliti Pergigian Universiti Malaya.

Kursus sifat solat Nabi menurut Mazhab Imam as-Syafie ini ialah satu alternatif kepada kursus sifat solat Nabi yang banyak dianjurkan di sekitar negara ini.

Ia lebih membincangkan mengenai hadith-hadith yang digunakan di dalam Mazhab Imam as-Syafie mengenai sembahyang.

Daripada soalan-soalan yang saya terima, masih banyak lagi anak-anak dan adik-adik kita yang masih belum mahir di dalam hal yang berkaitan dengan sembahyang. Tapi alhamdulillah, inisiatif adik-adik ini menganjurkan kursus seperti ini sebagai petanda baik bahawa mereka mahu mendalami ilmu fardhu ain ini.

Di dalam hadith, Nabi saw bersabda bahawa, jika Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang akan diberi kefahaman di dalam hal ehwal agama.

Permulaan bagi mendalami ialah minat yang mendalam di dalam agama. Bak kata orang tua kita, dari minat lahir usaha, dari usaha lahir faham, dari faham lahir amal. Syabas dan tahniah pada mereka.
Sebahagian peserta yang hadir di dalam Kursus Sifat Solat Nabi Menurut Mazhab Imam as-Syafie.Antara perkara yang dibincangkan ialah 45 kesalahan di dalam membaca surat al-Fatihah. Semua para dikehendaki membaca surah al-Fatihah.
Kursus di buat di Dewan Kuliah Fakulti Pergigian Universiti Malaya
Peserta bergambar kenangan.

1 comment:

Shahabudeen Jalil said...

gambar tak center... hehe.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...