Insyallah, esok Jumaat 2 Januari 2009 jam lima petang, saya akan bersama-sama penonton TV 3 di dalam rancangan al-Kuliyyah.
Perbincangan kita esok ialah mengenai hijrah, amalan-amalannya dan pengajaran-pengajarannya. Sesungghnya, hijrah mengajak kita meningkatkan lapan perkara.
1. Peningkatan kecintaan pada Allah
2. Peningkatan kecintaan pada Rasul
3. Peningkatan kecintaan pada agama
4. Peningkatan kecintaan kepada sesama Muslim
5. Peningkatan kecintaan kepada ilmu
6. Peningkatan kecintaan kepada amalan
7. Peningkatan kecintaan kepada akhlak
8. Peningkatan kecintaan kepada amar makruf nahi mungkar.
Jika kita menjadikan maal hijrah ini sebagai titik perubahan di dalam hidup kita, maka setiap tahun kita akan muhasabah akan lapan peningkatan ini. Jika setiap tahun kita semakin meningkatkan lapan perkara ini maka kita akan terus sentiasa membuat peningkatan pada diri.
Semoga kita semua menjadi orang yang meningkatkan diri kita dari semasa ke semasa, insyaAllah.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
5 comments:
Assalamualaikum Ustaz..boleh Ustaz ulang hadith concerning "manusia yang mulia / baik ialah yang banyak memanfaatkan manusia lain.." yang Ustaz rujuk semasa rancangan itu tadi. Kalau boleh beri tajuk buku2 yang sesuai untuk kajian saya seterusnya.
Hadith ini telah saya hafal 15 tahun dahulu ketika saya belajar di peringkat menengah. Detail dan kitab rujukakannya insyaAllah saya akan carikan kemudian. Hadith ini berbunyi "Khairun Nas Man Yanfaun Nas maksudnya, sebaik-baik manusia orang yang memberi manfaat pada manusia yang lain.
Terima kasih Ustaz. InsyaAllah, saya jadikan "Khairun Nas Man Yanfaun Nas" sebagai motto 'syarikat' yang saya sedang cuba untuk gerakkan. Email saya mkamal88@gmail.com. Harap dapat detail dan kitab rujukan bila Ustaz dah jumpa..Saya ingin bincang lanjut dgn Ustaz hal ini. Terima kasih.
Ini ke sebahagian hadith yang Ustaz rujuk tu?:
خير الناس أنفعهم للناس
kalau dapt penuh dan kitab rujukan lagi baik.
Terima kasih.
Memang ada satu rawi lain yang matannya seperti ini. Sekian.
Post a Comment