Alhamdulillah, beberapa hari saya tidak dapat bersama pembaca kerana kesibukan menguruskan kemasukkan anak-anak yatim baru di rumah al-Ijabah. Sebagai permulaan, saya akan menjawab dahulu persoalan yang diajukan
?fenorq salam.ustaz, apkah hukum bercouple.krn isu ni sdh jdi satu isu hangat di skola saya.hgga kini blum ad pnyelesaian yg muktamad.pndpt yg brbeza2.syukran 2008-12-30 2:21 PM
+ saya suka memberi pandangan yang keras dalam hal ini iaitu hukumnya haram. Paling rendah makruh. Tidak ada serendah harus. Ini kerana buruknya lebih banyak dari baiknya. Dan kadang kala kita tertipu dengan niat yang disangka baik dalam bercouple.
? Guest ustaz, benarkah ber'couple' itu haram kerana dlm al-quran ada sebut jgt menghampiri zina? terima kasih 2008-12-31 12:08 PM
+ rujuk jawapan di atas
? Siti Ustaz, boleh kah seorang ibu atau nenek menjadi imam dalam solat kpd anak atau cucu lelaki yg belum baligh? 2009-01-01 2:53 AM
+ Boleh
? siti85 A,kum........apa hukumnya kita sendiri tau yg salah sorang dari keluarga berkhalwat? 2009-01-02 5:40 AM
+ Kita kena cegah, mampu dengan tangan, jika tidak dengan lisan, jika tidak dengan hati. Itulah selemah iman. Jika dengan hati pun tidak dibuat maknanya, iman kita sangat tenat.
? Pelajar Salam ustaz...tumpang tny, saya mengetahuai bahawa semua hati milik Allah, kenapa Allah tidak membuka hati semua hambanya utk menyembahNya? 2009-01-03 1:29 AM
+ itu hak Allah. Tetapi seseorang boleh meniti di atas asbab musabbab mendapat hidayah. Ada tujuh cara penganugerahan hidayah
Allah beri terus
ilmu
mimpi
bermujahadah untuk taat
melalui lidah orang lain
melalui kejadian yang menimpa
bertafakkur (memikirkan kebesaran Allah)
Insyallah, kita akan bahaskan detail mengenai hal ini nanti.
? jamal nama anak sy ummi khairina , maksudkan 'ummi' dan ejaan arab yg betul,sy takut konflik dgn maksud ummi dlm bacaan doa qunut . 2009-01-03 7:04 AM
+Ummi dengan alif bermakna ibu, ummi dengan huruf "ain" bermakna buta
? nurul ustaz saya nak tanye.btol ke silat nasuha tu sesat?sekarang masih delagike? 2009-01-04 9:27 AM
+ Wallahu a'lam. Saya tidak pernah mengkaji mengenai silat ini. saya tak tahu. Insyallah, beri saya masa sikit saya kaji.
? student Ustaz...kalo kite buat mufaraqah...adekah kite masih dikire solat berjemaah lagi??..dapat pahala mcm solat jemaah lagi ker? 2009-01-06 1:26 PM
+ dapat sebab pada permulaan kita memang niat berjamaah.
? Aisya Salam.Sy dh berusia 22 tahun dan sudah berkenalan dgn seorang lelaki yg sama universiti dgn sy.Wajarkah sy bercinta dgn niat nk berkahwin ustaz? 2009-01-07 8:01 AM
+ uruskan terus untuk berkahwin, itu lebih betul di sisi agama dan lebih berkat.
?Guest salam. ustaz, bleh x dlm satu2 majlis, ada bacaan doa, lepas tu diikuti dgn tari-menari?bukankah ini perbuatan yg mempermain-mainkan doa? 2009-01-08 1:31 AM
+ jika dari awal lagi sudah berniat yang demikian maka ia boleh ditakrifkan mempermainkan agama.
Semoga jawapan memenuhi kehendak soalan. Insyallah, saya akan bersama sidang penonton TV 9 dalam program tanyalah ustaz pada 16-18 Januari 2009. Jika kita ada kelapangan marilah bersama di dalam program ini.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
1 comment:
ape hukum mengunakan loan bank konvensional, sekiranye semua loan yg dimohon kpd bank islam telah ditolak...
adakan ia dikira darurat...?
so susah ler nak buat loan....
Post a Comment