Monday, January 26, 2009

Jom Kongsi Pengalaman 25 (Masjidil Haram 3)

Kita kongsikan lagi pengalaman di Mekah ini.

Gelagat seorang pekerja yang sedang membersihkan tiang Masjidil Haram.

Pada waktu asar. Sedang jemaah menunaikan solat, tiba-tiba turun hujan yang sederhana lebatnya. Keadaan sebegini amat jarang berlaku di sini.

Habis solat, semua ahli jemaah yang ada di dalam masjid keluar memerhatikan hujan yang turun.

Mereka semua sibuk berdoa. Ini kerana di antara saat yang msutajab doa ialah ketika hujun turun.

Gambar kenangan di dalam Masjidil Haram ketika hujan.

Oleh kerana di Mekah jarang hujan, sistem pengairannya tidak dibangunkan dengan baik. Hujan renyai yang turun hampir sejam itu pun membuatkan lembah Mekah dilimpahi air di jalan.

Gambar ini ialah beberapa pekerja menyusun al-Quran yang diwakafkan oleh orang ramai pada Masjidil Haram.


Quran ini diletakkan disekitar Masjidil Haram.

Keadaan karpet yang baru dibasuh dan sedang diuruskan untuk diletakkan ditampatnya

Ada juga orang yang mewakafkan kerusi solat untuk orang tua.
Beberapa pekerja membawa hiasan siling Masjidil Haram. Seorang pekerja yang membersihkan dalam Masjidil Haram dengan menggunakan kereta pembersih Para pekerja sibuk meletakkan hiasan tiang untuk Masjidl Haram.
Sekain untuk kali ini, InsyaAllah kita berkongsi lagi pengalaman di sini.

5 comments:

Kamal said...

Alhamdulillah..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

(فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨
(قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩
(سُوۡرَةُ الشّمس)

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;(8)
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)(9)

Moga2 Ustaz sihat,ceria,dan terus bersabar dalam berkongsi ilmu, pengalaman, dan maklumat di blog ini.

Syukran.

Shahabudeen Jalil said...

Ustaz.. ada perkara lebih besar untuk kita perjuangkan kot.....

Azri said...

juresseSalam Ustaz,
Boleh jadi agent ubat kuat tu ustaz. Aidan jubah pun kena spesial design

semi said...

Salam ustaz,

boleh ustaz rujuk email (gmail) ustaz. saya ada hantar persoalan, dan mohon cadangan penyelesaian dpd ustaz..

t. kasih.

wassalam.

nlizaida said...

teruskan berblog ustaz.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...