Monday, January 19, 2009

Diari 25 - Tiga Hari Yang Penuh

Bermula Jumaat 16 Januari hingga Ahad 18 Januari 2009, saya terlibat dengan program tanyalah ustaz di TV 9. Tajuk yang dibincangkan ialah "syubhat". Tajuk ini sebenarnya mengenai muamalat Islam. Ia menjurus kepada perbincangan 15 harta haram dalam Islam.

Saya dan beberapa orang akan bertolak dari rumah pukul 5.45 pagi lagi. Kami sembahyang di surau Sri Pentas dan terus bersiap sedia untuk program
Jika mahu jujur, inilah satunya program yang paling mendebarkan di dalam hidup saya. Mana taknya, semua soalan adalah langsung dari penonton dan ia diajukan secara spontan. Satu Malaysia akan mendengar dan menilai jawapan kita.
Seminggu sebelum program, saya menghabiskan lebih lima jam sehari untuk muraja'ah (ulangkaji) tajuk yang ingin dibahaskan. Ini kerana amanah ilmu memang kena jaga. Kita tidak boleh hanya menjawab mengikut rasa sedap hati sahaja

Antara kawan-kawan dan anak buah yang bersama mengikut ke studio. Di kanan sekali ialah sahabat saya dari negeri China. Dia datang bagi menziarahi sahabat-sahabat lain di sini.
Program selama tiga hari berturut-turut ini membincangkan mengenai permasalahan harta menurut Islam.
Pada Jumaat 16 Januari 2009 ini, selepas program, saya pergi ke Universiti Malaya untuk bertemu dengan pengarah Akademi Islam. Pada pagi ini, Universiti Malaya dikejutkan dengan kejadian seorang telah meletakkan kepada babi di dalam masjid di Akademi Islam.

Para pelajar berdemontrasi melepaskan perasaan geram mengenai kejadian ini.

Di antara pelajar yang berdemontrasiKepala babi yang diletakkan di dalam masjid Akademi Islam Universiti Malaya

Pada 18 Januari 2009, selepas program tanyalah ustaz, saya telah menghadiri beberapa mesyuarat. Rupanya, cadangan membuat universiti wakaf telah disambut baik oleh beberapa pihak. Mereka ingin bekerja sama untuk menjayakan program ini.

Tapak yang dicadangkan ialah di hotel di Pulau Besar. Hotel ini telah ditinggalkan hampir 10 tahun. Saya telah bermesyuarat dengan wakil Tan Sri dan pada dasarnya dia bersetuju dan akan berbincang lanjut dengan Tan Sri Wan empunya hotel ini. Pada pukul 11 pagi, saya dan beberapa orang lagi telah pergi ke Melaka dan terus ke Pulau Besar ini.
Kawasan hotel ini meliputi hampir satu pertiga pulau ini. Beberapa orang kampung menghampiri rombongan kami. Mereka seolah-olah dapat mengagak niat kami ke Pulau Besar ini. Mereka mengatakan memang mereka berharap sangat pulau ini menjadi pulau pendidikan dan ilmu. Ini kerana, Islam datang melalui Melaka. terdapat makam ulama dan pendakwah di pulau ini. Jadi, kita kembalikan peranan pulau ini seperti dahulu iaitu menjadi tempat pengembangan ilmu bagi Nusantara.
Semoga niat yang baik ini dibantu oleh Allah. Hari ini, jam 4.00 petang, saya akan bertolak ke Mekah menunaikan umrah. InsyaAllah, kita akan berkuliah dari sana. Doakan, semoga pembinaan universiti wakaf menjadi kenyataan. amin...

4 comments:

Shahabudeen Jalil said...

insya-Allah. Saya rasa ustaz kena buat tajuk asing yang khas tentang "Universiti Wakaf" nie.. tak sesuai campur dengan cerita program "tanyalah ustaz" dan "isu kepala babi di UM".

Hunny said...

Tahniah ustaz kerana hari-hari ustaz sentiasa dipenuhi dengan amal kebajikan yang tak berkesudahan,khususnya kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan untuk membina Universiti Wakaf ini. Ini wajar dicontohi oleh semua umat Islam yang lain, seperti pepatah Islam ;"Dan bekerjalah kamu (untuk dunia) seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu (untuk akhirat) seolah-olah kamu akan mati esok." Saya dan kawan2 sentiasa mendoakan dan bersedia untuk membantu setakat termampu untuk merealisasikan impian membina Universiti Wakaf satu kenyataan. Amin..

Pasal kepala babi tu, sungguh kurang ajar dan melampau perbuatan tu. Memang ba@# sapa yang buat tu..harap2 pihak berwajib di UM dapat mengenalpasti dalang sebenar di sebalik peristiwa ini dan memberi hukuman yang selayaknya.

Anis Hartini Haron said...

Hidup Pulau Besar Melaka!

Azri said...

Salam Ustaz,
Ana kurang berstuju buat Universiti Wakaf ni. Pembiyaan satu university boleh menampung berpuloh puloh sekolah agama. Pada pendapat ana lebih baik beri pelajaran agama percuma untuk lebih ramai anak anak atau menaja ustaz ustaz yang begitu ramai sekarang ni berdakwah ke kampung kampung yang jarang dilawati ustaz ustaz.
Sekolah biasa sudah free tapi kelas KAFA masih kena bayar duit. Macam kita ni tak kisah sangat tapi ramai yang yang berkira kira kalu pasal agama.
Lagi satu operating kos di pulau besar tentu nya lebih besar sebab logistic nya.
Ana berdoa kejayaan ustaz cuma ana rasa proposal ni kurang sesuai buat masa ni. Biarlah kerajaan fikir pasal universiti dan kita fikir macammana lebih ramai anak anak boleh dapat pendidikan agama asas

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...