Pada 5 tahun lepas, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Shah Alam) mempunyai satu rangkaian sistem pendidikan yang berkesinambungan. Dari peringkat rendah, tahfiz dan juga kolejnya sendiri bernama KISMA.
Sudah tentu perkara yang baik seperti ini tidak disukai oleh musuh manusia. Pada beberapa ketika, semua kelas-kelas ini telah dipindahkan dari masjid negeri termasuk penutupan kolej KISMA.
Beberapa orang ibu bapa dan penjaga ada bertemu saya pada ketika itu. Mereka meminta untuk dibantu anak-anak dari kolej yang tutup ini. Mereka tidak dapat ke mana-mana. Pihak pengurusan tidak menguruskan pembelajaran mereka walaupun ada di antara mereka yang telah 4 tahun berada di kolej ini.
Akhirnya, pada pertengahan 2006, saya dan beberapa orang sahabat bersetuju untuk mengambil tanggungjawab menguruskan mereka.
Bermula dengan menghubungkan kembali MOU yang ada dengan tempat mereka dan juga meminta bantuan dari seorang sahabat yang ikhlas dari Penang Ustaz Jamaluddin.
Akhirnya, kami berjaya membangunkan kembali kolej ini di atas niat membantu anak-anak pelajar yang telah terkandas.
Alhamdulillah, pada tahun 2007 kami telah berjaya menghantar mereka terus masuk ke tahun 3 di Universiti al-Azhar Mesir dan juga tahun 3 di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) di Jambi Indonesia.
Pada tahun 2008, Baki lagi pelajar-pelajar telah selamat dihantar ke Universiti Islam Negeri di Medan di tahun 3.
Saya amat bersyukur apabila kumpulan yang dihantar ke IAIN Jambi ini telah berjaya mendapat Ijazah BA Syariah pada Disember 2008.
Pada hujung 2008, saya sudah rasa lapang kerana janji untuk membantu pelajar ini telah tertunai.
Tetapi Allah menghendaki yang lebih baik. Pada awal Januari ini, sebahagian waris-waris ibu bapa pelajar meminta saya meneruskan program pendidikan ini. Pada mulanya saya rasa berat, tetapi akhirnya melihatkan anak-anak pelajar yang bersungguh-sungguh ingin meneruskan pelajaran mereka, akhirnya saya bersetuju untuk menyambung program pendidikan peringkat tinggi ini.
Hari ini, 13 Januari 2009, selepas subuh, saya pergi ke Penang untuk bertemu dengan sahabat saya, Ustaz Jamaluddin. Kami membincangkan kembali program kolej ini. Kami juga membincangkan program pendidikan anak-anak orang Islam Kemboja di negara kita ini.
Pihak Universiti Malaya melalui Pengarah Akademi Islam, Prof. Dr Ahmad Hidayat bin Buang akan mengambil anak-anak sahabat seIslam kita dari Kemboja ini setelah mereka diaturkan untuk mengambil peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Anak-anak yang berpotensi dari sana akan dibawa dan ditaja pendidikannya diperingkat STAM. Kemudian, yang mereka akan diprogramkan ke Universiti Malaya.
Walaupun tanggungjawab ini agak berat, saya merasa puas. Sedikit cita-cita yang cuba dibangunkan ialah untuk mewujudkan sebuah Universiti Wakaf di Malaysia ini. Para pelajar yang susah akan ditaja sepenuhnya pembelajaran mereka hingga ke peringkat tinggi. Semoga pendidikan yang dibangunkan dapat melatih orang yang berilmu, bertaqwa dan berkhidmat untuk masyarakat, negara dan ummah Islamiah.
Apa yang diharapkan ialah pertolongan dari Allah dan sokongan dari semua. Saya berterima kasih pada sahabat yang bersama membahu perjuangan ini. Semoga kita sama-sama dapat menuainya di sana nanti.
Sekarang, jam 11 malam, saya baru sahaja sampai dari Penang. Sebentar lagi saya akan bertemu dengan anak-anak murid dari Universiti Islam Medan. Mereka sekarang cuti dan insyallah akan menamatkan pengajian pada bulan Jun ini. Semoga kalian teruskan pembelajaran hingga ke peringkat Phd. Jika sepuluh tahun lagi kita dapat melahirkan ribuan Phd, insyallah, generasi intelek seterusnya akan lebih banyak dilahirkan.
Insyallah, untuk memastikan Agama dan Bangsa terus dibela, kita perlu melahirkan pembelanya. Pembela tidak lahir dengan sendiri, mereka dibentuk secara sistematik.

3 comments:
ustaz, apa kaitan dengan mendirikan kota Melaka ?
Adakah ini simbolik kepada penubuhan negara merdeka ?
Dibawah runtuhan Kota Melaka, kita bina bumi merdeka ??
Salam Ustaz,
Saya setuju dgn Encik Shahabudeen. Apa kaitannya penubuhan Universiti Wakaf dengan mendirikan Kota Melaka? Sebenarnya dah ada Universiti Wakaf di Malaysia. Nama lama, Kolej Islam Malaya. Kami pun dok tengah fight lagi. Insyaallah, kita sama-sama doa untuk perjuangkan Universiti Wakaf.
Saya menamakan tulisan ini sebagai membangunkan Kota Melaka kerana, ia ibarat membangunkan kembali sesuatu yang telah roboh.
Satu ketika dahulu, pendidikan adalah satu yang mudah diperolehi. Hasilnya lahir ramai orang hebat.
Di negara kita, kadang-kala pendidikan mahal. Ramai orang yang tidak mampu terutamanya anak orang susah.
Mari kita mulakan dengan pringkat rendah. Di kampung fasaliti kurang. Guru tidak sehebat di bandar. Tuisyen tidak ada. Jika ada, orang kampung tidak mampu kerana yurannya. Hasilnya, keputusan pereksa kurang baik. Peringkat menengah juga begitu.
Jika keputusan tidak baik mereka tidak layak untuk ke peringkat tinggi. Sedangkan, tidak semua yang tidak layak waktu itu mereka orang yang lemah daya IQnya.
Cuba kita bayangkan dahulu, sekolah pondok percuma, selepas pondok mereka pergi ke Mekah, belajar juga percuma, begitu juga al-Azhar Mesir. Akhirnya mereka juga hebat seperti mana orang yang mempunyai peluang dari awal.
Membangunakan Universiti Wakaf ibarat membangunakan kembali satu kaedah pendidikan yang telah dilupakan. Ia secara "Tabarruk" (secara sumbangan tanpa bayaran) bagi orang-orang yang susah.
Semoga, cara ini akan melahirkan modal insan pada negara khususnya untuk umat Islam.
Post a Comment