Al-Kuliyyah pada hari ini tidak jadi membincangkan amalan hijrah. Ia membincangkan mengenai jihad. Saya hanya mendapat soalan yang akan diajukan berberapa minit sebelum program bermula. Yang telah diberi awal hanyalah beberapa soalan dari penonton.
Bersama saya pada hari ini ialah Ustaz Abdullah Zaik dari Aman Palestin. Penonton di studio adalah dari masjid al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan. InsyaAllah, kita akan berkongsi perbahasan hari ini, cuma saya catatkan isi penting dengan ringkas sahaja. Jika kurang jelas maka, pembaca boleh bertanya kembali.
Soalan pertama telah diajukan kepada saya oleh Ustaz Fauzi. Jihad selalu dikaitkan dengan keganasan, boleh ustaz ulas.
Makna jihad ialah meninggikan kalimah Allah yang mulia. Jihad bukan membunuh tetapi membangun peradaban ummah. Sebab itu di dalam sejarah, peperangan Islam dengan Rom dan Parsi adalah kerana mereka menyerang umat Islam dahulu. Di luar Rom dan Parsi, pengembangan Islam adalah dengan penyebaran dakwah.
Di Nusantara, Kita boleh lihat bagaimana perang jihad hanya tercetus apabila Belanda cuba menawan Aceh, Potugis menawan Melaka, Spanyol menawan Manila, Raja Sulaiman telah syahid di dalam pertempuran yang berlaku pada 3 Jun 1571 di Manila pada ketika itu. Perang jihad juga pernah diisytiharkan di Brunei apabila Spanyol cuba menawan Brunei pada 14 April 1578. Tetapi semangat jihad pahlawan Melayu Brunei di bawah pimpinan Bendara Sakam akhirnya berjaya menghambat keluar penjajah Spanyol dari bumi Brunei.
Jika dengan berjihad kita dianggap sebagai pengganas, ia satu penghormatan buat kita.
Ibu Wan bertanya:-
Apakah doa yang boleh kita amalkan agar negara selamat dari bencana seperti peperangan, kebuluran dan sebagainya
Doa yang paling banyak Nabi baca di dalam hidup Nabi ialah, Rabbana Atina Fit Dunya Hasanah, Wa Fil Akhirati Hasanah Waqina Azabannar – Hadith riwayat Bukhari.
Puan Nurasyikin bertanya:-
Kenapa perjuangan di Palastin belum berjaya lagi?
Di dalam surah Isra, Allah menyatakan bahawa "masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya.
Allah mengatakan bahawa masjidil Aqsa kami berkati sekelilingnya kerana tiga sebab
i. kerana banyaknya makam para Anbiya disekitarnya
ii. kerana banyaknya makam orang soleh disekitarnya
iii. kerana bumi ini akan menjadi bumi syahid sampai hari kiamat
sebab itulah, baitul maqdis ini sejak dahulu lagi terjadi peperangan agama, dahulu perang salib sekarang dengan yahudi, hingga akhir zaman nanti Nabi Isa berperang dengan dajjal juga akan berlaku di sekitar sini.
Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh, kita disuruh berjuang untuk mendapatkan kelebihan berjihad. Sejauh mana kita dapat membahu perjuangan ini, sejauh itu jugalah keredhaan Allah bersama kita. Gagal atau berjaya itu milik Allah, kita disuruh memaksimakan perjuangan.
Puan Junainah bertanya :-
Bolehkan wanita keluar berjihad walaupun di dalam keadaan Iddah misalnya seperti suami mati meninggal di dalam peperangan?
Boleh dengan beberapa syarat iaitu, tenaganya diperlukan dan tidak ada orang lain yang boleh ganti seperti dia adalah seorang doktor.
Puan Aisyah bertanya:-
Benarkan seorang yang berjihad itu dijamin syurga, bagaimana dengan dosa-dosanya?
Di zaman sahabat, orang yang berjihad adalah orang yang memang beriman, maknanya dia sentiasa menjaga dirinya dari dosa. Jika ada dosa cepat-cepat dia meminta ampun pada Allah.
Di dalam hadith, kelebihan syahid akan tergantung jika seorang mempunyai hutang dengan orang lain hinggalah dia selesaikan. Begitu juga jika ada kesalahan sesama manusia. Di selesaikan dahulu barulah kelebihan itu diberikan padanya.
Puan Hasliza bertanya:-
Mengikut sejarah Islam, sepanjang nabi Muhamad saw menyertai peperangan, Nabi tidak pernah membunuh musuh perangnya, apakah hikmahnya?
Ini menunjukkan bahawa jihad bukan bermatlamatkan membunuh. Jihad adalah untuk meninggikan kalimah Allah yang mulia. Ia menyeru orang hampir pada Allah.
Pengerusi Ustaz Fauzi mengajukan persoalan, orang Yahudi merasakan mereka golongan paling mulia, apa komen ustaz
Di dalam Islam, yang paling mulia adalah orang yang paling bertaqwa pada Allah tidak kira siapa pun, antara ciri-ciri taqwa ialah memberi manfaat pada orang lain. Rasulullah bersabda, Sebaik-baik manusia orang yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Kita tidak dikatakan sebaik-baik manusia jika mengambil hak orang, membunuh orang, menzalimi orang lain dan sebagainya. Orang Yahudi mengatakan dia mulia tetapi mereka membunuh dan merampas hak orang lain? Adakah ini kemuliaan?.
Arbob bertanya di dalam soalan SMS
Bukankah pegebom berani mati itu seperti membunuh diri?
Tidak sama, ini kerana niatnya tak sama, keadaan juga tak sama. Selain itu, terdapat juga fatwa khusus bagi masyarakat Palestin oleh Ulama besar seperti Dr Yusuf Qardawi mengenai kewajaran pengebom berani mati. Kita mungkin kurang faham kerana kedaan kita tak sama dengan keadaan saudara kita di sana.
Kesimpulan
Kejayaan sesuatu perjuangan tidak diukur dengan menang atau kalah. Tetapi ia diukur bagaimana perjuangan itu dapat diteruskan. Sebab itu Nabi menyatakan, jihad itu berterusan hingga hari kiamat.
Sebelum mula programBersama saya pada hari ini ialah Ustaz Abdullah Zaik dari Aman Palestin. Penonton di studio adalah dari masjid al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan. InsyaAllah, kita akan berkongsi perbahasan hari ini, cuma saya catatkan isi penting dengan ringkas sahaja. Jika kurang jelas maka, pembaca boleh bertanya kembali.

Di atas pentas
No comments:
Post a Comment