Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Sunday, January 25, 2009
Jom Kongsi Pengalaman 24 (Masjidil Haram 2)
Pada kesempatan kali ini, kita akan melihat keadaan di sekitar Masjidil Haram lagi.
Ini ialah lampu hijau yang terdapat di dalam Masjidil Haram. Lampu ini bertepatan dengan Hajar Aswad yang berada di salah satu bucu Kaabah. Orang memulakan tawaf di Hajar Aswad.
Masjidil Haram selalu dibersihkan. Mereka menggunakan sabun untuk mewangikannya. Ketika air sabuh di simbahkan, akan ada sekumpulan pekerja yang memegang tali merah untuk menghalang orang ramai dari masuk ke dalam tempat pembersihan. Syarikat yang diamanahkan untuk membersihkan Masjidil Haram ialah syarikat Ben Laden. Ia syarikat keluarga Osama Ben Laden.
Burung merpati memang banyak di sekitara Masjidil Haram ini.
Jam digital yang terdapat dipintu Bab Malik (pintu raja) yang menunjukkan waktu solat.
Di pintu Bab Malik juga terdapat temperature yang mennjukkan suhu waktu ini. Pada ketika ini, suhu di Mekah 26 darjah
Ini adalah pancuran emas yang terdapat di Kaabah. Ia berada di dalam kawaan hijir Ismail. Ia merupakan salah satu tempat yang mustajab berdoa.
Pekerja membersihkan Makam Ibrahim. Orang Melayu kita memanggil makam sebagai kubur. Di dalam bahasa Arab, asal perkataan makam ialah tempat berdiri. Ia merujuk kepada tampat berdiri, tempat persinggahan dan juga memberi makna kubur. Makam Ibrahim ini ialah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim ketika baginda membangunkan Kaabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
2 comments:
Syukran
Assalamualaikum Ustaz, Skrg waktu sy menulis nie jam 2.46 ptg lebih kurang jam 9 pagi di Makkah. Banyak Pic menarik yang ustaz kongsikan. Utk makluman ustaz, InsyaAllah selepas Asar Masjid Negeri Shah Alam akan mengadakan solat sunat Gerhana Matahari. Gerhana Matahari akan berlaku di Malaysia pada petang nie. Khutbah Jumaat baru2 nie pun berkisar ttg Gerhana sebagai tanda keagungan dan kebesaran Allah. Wasalam ustaz.
Post a Comment