Ada di antara ahli sejarah yang berpendapat perkataan Mekah berasal dari perkataan Bakkah iaitu tangisan. Jika dilihat dari keadaan teriakan orang menangis di Kaabah mungkin ada kebenarannya pandangan ini. Gambar menunjukkan orang menangis, meratap, berdoa dan bermunajat di Kaabah.
Baju hijau ini ialah polis Masjidil Haram. Penjaga keamanan tanpa senjata. Menunjukkan amannya Mekah ini.
Berjubah coklat ini pula penjaga ritual di dalam Masjidil Haram. Mereka akan menghalau sesiapa yang ingin membuat perkara-perkara pelek di sekitar kaabah ini. Begitu juga mereka menjaga laluan tawaf dan saf orang sembahyang.
Di kaki lima Masjidil Haram terdapat longkang yang mempunyai paip air. Ia digunakan untuk membasuh sekitar Masjidil Haram.
Orang ini memakai purdah dengan menutup sedikit dari bahagian mulutnya. Nampak dari jauh seolah-olah seperti misai. Gaya pakaian sebegini banyak ditemui dari UAE.
Penjual-penjual makanan burung merpati. Masjidil Haram dipenuhi dengan burung merpati yang hidup bebas di sekitarnya
Di sekitar Masjidil Haram terdapat ramai peniaga kecilan. Mereka menjual ubat, kain, baju dan barang-barang kecil yang lainnya. Gambar ini ialah gambar orang Negeria menjual ubat-ubatan tradisional Negara mereka.Antara yang dijual ialah minyak urut dan minyak penguat tenaga batin. Di kanan ialah minyak tradisional penguat tenaga batin dari Negeria. Mereka menjualnya dengan harga 30 Saudi Riyal.
Tidak kurang juga peminta sedekah yang ada di sekitar Masjidil Haram ini.
InsyaAllah kita akan berkongsi lagi gambar sekitar Mekah ini.
cuba kita lihat kaki orang ini sembahyang, ketika tahyat akhir dia membengkokkan kakinya ke kiri
ini pemandangan biasa di Masjidil Haram, mereka suka tidur di kaki lima.
ini pemandangan biasa di Masjidil Haram, mereka suka tidur di kaki lima.
InsyaAllah kita akan berkongsi lagi gambar sekitar Mekah ini.
1 comment:
Assalamualaikum Ustaz, Waktu Malaysia sewaktu sy menulis ni jam 7.05 mlm sedang menungguh masuknya waktu maghrib. Utk pengetahuan ustaz cuaca di sini berangin kuat dan disusuli hujan yg lebat. Tq ustaz kerana berkongsi gambar. Saya setuju pendapat ustaz berkaitan org berdoa di hadapan Kaabah dengan teriakan dan menangis. Kerana hal ini pernah terbukti dengan pengalaman saya menunaikan Haji 10 Tahun yang berlalu dimana saya sempat berdoa dihadapan kaabah serta di dlm hijir Ismail, tanpa disedari dengan rasa hamba dan kekerdilan diri saya menangis...dalam erti kata lain dapat diibarat seperti anak kecil yang menangis mencari ibunya. dan ada juga yang kedengaran menangis memohon ampun seperti anak kecil yang dipukul. Mudahan ustaz dan semua para tetamu Allah dilimpahi rahmat dan keampunanNya. Amin
Post a Comment