Sebelum bertolak, para daie muda diberikan taklimat mengenai perjalanan dakwah lapangan ini. Mereka akan diberikan satu risalah kecil dan memberikan risalah itu kepada saudara-saudara seIslam di Dataran Merdeka nanti. Jika orang menerima hendaklah mereka mengucapkan alhamdulillah, tetapi jika orang tidak mahu menerima, doakan.
Dakwah lapangan tidak seperti dakwah di masjid atau surau. Di sana orang memang bersedia untuk mendengar. Dakwah lapangan kita yang perlu berusaha agar mereka menerima kehadiran kita. Ia sebenarnya lebih pada melatih kekuatan jiwa di dalam medan dakwah. Rata-rata parantis dakwah pada malam ini adalah pertama kali mengikuti dakwah lapangan seperti ini.
Kami menaiki komuter dari stesyen Subang Jaya ke Kuala Lumpur.
Kami menaiki komuter dari stesyen Subang Jaya ke Kuala Lumpur.
Lautan manusia di Dataran Merdeka pada malam sambutan tahun baru 2009. 80% menerima kedatangan kami dengan positif. Hinggakan para rockers juga menerima dengan baik kehadiran kami. Ini menandakan bahawa, setiap orang ada fitrah ingin berubah menjadi yang lebih baik, cuma, tidak banyak dakwah sampai pada golongan seperti ini.
Bertudung labuh adalah salah seorang parantis dakwah muda. Ini pertama kali dia mengikut misi seperti ini. Semoga di tahun akan datang semakin ramai parantis dakwah yang boleh kita lahirkan. Ini kerana, semua kita adalah pendakwah. Dakwah bukan milik golongan agama semata-mata, ia adalah milik kita semua selagi mana kita bergelar muslim.
Di antara gelagat pengunjung. Ia melakonkan bermain gitar. Mungkin juga sedang mabuk atau berkhayal. Di Dataran ini, saya melihat botol arak yang di minum oleh pengunjung. Tidak ramai orang yang ingin mendampingi golongan seperti ini. Yang telah baik biasanya memandang rendah pada golongan seperti ini.
Suasana lampu dibangunan di Dataran Merdeka
Di akhir misi ini, kami membuat penilaian bagi program ini. Rata-rata parantis dakwah menyatakan puas hati dengan misi yang mereka laksanakan. Yang penting adalah satu kesedaran bahawa, dakwah tidak hanya di masjid. Itu mendatangi bukan hanya di datangi semata-mata.
Semoga pada tahun-tahun akan datang, kita dapat membuat program alternatif bagi sambutan tahun baru ini. Jika setiap masjid dapat membuat program, maka akan ada nanti orang yang memenuhinya. Tetapi, jika ia tidak dimulakan, sampai bila kita tidak berusaha apa-apa ke arah kebaikan umat Islam. Semoga setiap kita menjadikan dakwah sebagai tanggung jawab bersama.
1 comment:
Salam Ustaz. Tq for inviting we to join the programme. Really interesting. But, I've question. How if I did mistake to someone, and try to settle the issue, keep on seeking forgiveness from her, and willing to repair the damage I've done, but she refused to accept? Saya masih berdosa ke? Dah jumpa personally untuk selesaikan, tapi tak dapat selesai juga, sebab dia tak bagi saya peluang untuk selesaikan. Macam mana? Kalau dia tak redha, macam mana?Adakah dianggap sebagai hutang? Harap dapat bantu. TQVM.
Post a Comment