31 Disember 2008, Majlis sambutan tahun baru diwar-warkan dibanyak tempat. Seperti biasa, pada malam ini, saya dan beberapa orang sahabat memilih untuk turun ke Dataran Merdeka, menyampaikan risalah Islam.
Kali ini, kebanyakkan yang mengikuti misi ini ialah orang-orang yang baru. Alhadulillah mereka akan mendapat pendedahan dakwah lapangan yang lebih mencabar di bandingkan dengan dakwah masjid atau surau.
Kami bertolak dari komuter Subang Jaya jam 11.30 malam. Komuter berjalan perlahan-lahan. Kami turun di stesyen Kuala Lumpur. Kami sampai pukul 12.10 minit. Upacara bunga api telah tamat. Konsert baru sahaja bermula.
Saya dan yang lain mula mengedarkan risalah. Sebanyak 80 % yang menerima risalah kami mengambilnya dengan positif. Baki 20% lagi berbagai-bagai. Ada yang lain menyindir, ada yang macam marah, ada yang terkejut dan sebagainya.
Menelusuri dakwah lapangan yang telah dibuat sejak lapan tahun yang lalu, kebanyakkan orang menerima dengan baik seruan agama ini. Cuma mereka memerlukan orang mendatangi mereka. Jika mereka yang sendiri ingin mendatangi masjid dan surau, mingkin lambat lagi.
Apabila ada orang yang mendatangi mereka, mereka menerimanya dengan baik. Ia ibarat jualan langsung. Ramai orang yang membeli kerana penjual yang mendatangi mereka. Tetapi persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup turun mendatangi mereka.
Dakwah memerlukan jiwa yang besar. Jika di masjid, semua yang mendengar telah bersedia menerima apa yang kita sampaikan, tetapi di lapangan, kita yang perlu berusaha agar penyampaian kita ada tarikan.
Jika kita lihat sejarah, Nusantara ini berjaya diIslamkan lantaran misi dakwah yang sungguh luar biasa perancanganya dan sangat bersungguh usahanya. Jika para pendakwah terdahulu berjaya merubah muka bumi Nusantara dari fahaman Budha dan Hindu ke Agama Islam, amat kerdil kita jika Dataran Merdeka pun belum mampu kita ubah.
Cita-cita telah ada, usaha sahaja belum benar-benar dimaksimakan. Insyallah, dengan bantuan Allah dan sokongan sapa-sapa yang ingin bersama di dalam misi dakwah ini, sepuluh tahun dari sekarang, kita akan dapat merubah sambutan tahun baru di Dataran dengan cara yang lebih Islamik.
Semoga usaha yang kecil ini mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Amin..
Insyallah, kita akan kongsikan gambar-gambar malam ini kemudian.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
No comments:
Post a Comment