Hari ini orang Melayu di Mekah digemparkan dengan kehadiran satu rombongan dari Setapak Kuala Lumpur. Rombongan ini dipimpin oleh seorang wanita yang mereka gelar sebagai ustaz. Dari Madinah lagi mereka sudah menunjukkan sikap yang aneh dengan menuduh orang yang berada di Masjid Nabawi menyembah dan mengagungkan Nabi. Akhirnya, mereka tidak ke mana-mana sekalipun Masjid Nabawi.
Mereka mendesak agen Umrah untuk terus ke Mekah. Agen yang sudah mula pening pun menguruskan perjalanan mereka ke Mekah. Lebih memeranjatkan, ketika sampai di Bir Ali, tempat semua jemaah berniat untuk melakukan umrah, mereka tidak berbuat demikian. Akhirnya, mereka semua masuk ke Mekah tanpa membuat Umrah.
Pada mulanya mereka semua duduk satu hotel dengan saya iaitu di Rawabi al-Bustan, tetapi mereka menguruskan sendiri hotel dan berpindah ke Darul Tauhid.
Ustaz mereka (perempuan) menyalahkan jemaah-jemaah yang ada dengan mengatakan semua salah, syirik dan sebagainya. Mereka mengatakan orang tidak menyembah Allah dan berbuat syirik pada Allah.Mereka sahaja yang betul dan orang lain salah.
Inilah dunia, semua orang akan mendakwa merekalah yang betul dan orang lain salah. Nabi saw menyatakan, di antara kelebihan ummat ini (ummat Muhammad) ialah sanad (salsilah belajar).
Jika seseorang itu menyatakan dia sahaja betul, selain lihat melalui kaca mata al-Quran dan hadith, kita boleh minta sanadnya. Mana salsilah belajarnya. Ini kerana, orang macam ni kebanyakkannya dia reka-reka sendiri agama dengan logik akalnya.
Sebab itulah belajar itu penting, berguru itu penting dan minta Allah pimpin itu penting, belajar tanpa guru boleh sesat. Berguru tanpa tahu asal usul guru juga boleh sesat.
Semoga kita semua di dalam lindungan Allah, semoga niat kita untuk menjadi orang yang baik diperbaiki oleh Allah.
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
5 comments:
Ustaz.. bagi pengenalan/intro sket.. terkejut kami tiba2 letak bom macam nie.. tak faham ekor punca.... hehe.. sabar2.
Alhamdulillah...dan terima kasih Ustaz..kerana dengan 'ilham dari Allah swt dan dengan izin-Nya dapat kita berkongsi 'cerita' ini..dan saya percaya penuh cerita Ustaz Amin ini. Moga2 pengajarannya membantu saya lebih mendekati Allah swt yang sudah pasti hanya saya dapat tahu kerana Allah swt itu sendiri mengutuskan Rasulullah saw, Nabi Muhammad saw.
Kalau tidak, tak tahulah Ustaz.
Syukran.
Salam Ustaz,
Saya cuba dapatkan maklumat dari JAIS, depa tak ada maklumat. Sebab area KL. tanya paa member di MAWIP pun dia tak tahu. Boleh la report ke JAWI, untuk diambil tindakan.
ustaz,sy masih tak fhm ttg jemaah dr setapak tu.harap sy bole dgr cite ni lg dr ustaz.
Group ni dah balik Malaysia hari ini. Dia group fahamannya tidak sama dengan kita. Mereka meninggalkan Mekah pun dengan tidak menunaikan tawaf wida'. Ada fahaman mereka tersasar dari yang sebenar.
semoga Allah memberi hidayah pada saya, pembaca dan pada mereka, amin..
Post a Comment