Thursday, January 29, 2009

Jom Kongsi Pengalaman 26 – (Masjidil Haram 4)

Alhamduillah, kita berkongsi lagi gambar Masjidil Haram. Bagi yang dah pergi semoga mengimbau kembali kenangan lama dan bagi yang belum pergi semoga terpanggil untuk menjadi tetamu Allah
Suasana seolah-olah berrehlah di hadapan Kaabah al-Musyarrafah.
Para petugas pembersih di Masjidil Haram.
Barisan tong air zam-zam di dalam Masjid. Yang putih tu cawan plastik
Mereka menuangkan air sabun untuk membasuh dan mewangikan Masjidil Haram.
Kemudian datang satu kumpulan lagi dengan menaiki kereta mini menyedut air sabun ini dan mengelapnya
Seorang sedang berdoa sebelum memulakan ibadah umrah
Suasana di dalam Masjidil Haram.
Kalau di Malaysia, kita melihat gadis remaja melepak di kompleks membeli belah, di sini mereka beriktikaf di Masjidil Haram.
Para pekerja Masjidil Haram menjamu selera selepas penat bekerja
Sesetengah orang menyedekahkan makanan yang special kepada mereka.
Para tetamu Allah yang berehat di serambi Masjidil Haram setelah penat menyempurnakan ibadah umrah.
Mereka berehat bersama anak-anak kecil yang juga menunaikan umrah.
Para tetamu Allah yang berehat di serambi Masjid. Mereka menggantung pakaian mereka di pagar-pagar tandas.
Kedai gunting rambut yang dibuka sepanjang hari. Hanya tutup ketika waktu sembahyang.
Adik kecil dengan puting dan bantal busuknya,bertawaf sunat dengan keluarga.
Pintu Malik Abdul Aziz, antara pintu yang dekat dengan Kaabah.
Perempuan di kanan gambar, munajat seorang hamba.

Sekian untuk kali ini. Semoga bertambah pengalaman kita mengenai Masjidil Haram ini.

1 comment:

Cik Illya said...

salam. tak dapat nak gambarkan perasaan tika ni. rasa seperti nak balik semula ke makkah. alhamdulillah, saya telah selamat menunaikan fardhu haji 1429H. jadi bila terbaca coretan ustaz tentang masjidil haram, makkah.rasa sebak di dada. terlalu rindu suasana di sana.mudah2an saya dapat lagi pergi ke sana berulang-ulang kali menjadi tetamuNya.amin.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...