Sunday, January 25, 2009

Jom Kongsi Pengalaman 24 (Masjidil Haram 2)

Pada kesempatan kali ini, kita akan melihat keadaan di sekitar Masjidil Haram lagi.
Ini ialah lampu hijau yang terdapat di dalam Masjidil Haram. Lampu ini bertepatan dengan Hajar Aswad yang berada di salah satu bucu Kaabah. Orang memulakan tawaf di Hajar Aswad.Masjidil Haram selalu dibersihkan. Mereka menggunakan sabun untuk mewangikannya. Ketika air sabuh di simbahkan, akan ada sekumpulan pekerja yang memegang tali merah untuk menghalang orang ramai dari masuk ke dalam tempat pembersihan. Syarikat yang diamanahkan untuk membersihkan Masjidil Haram ialah syarikat Ben Laden. Ia syarikat keluarga Osama Ben Laden.
Burung merpati memang banyak di sekitara Masjidil Haram ini.
Jam digital yang terdapat dipintu Bab Malik (pintu raja) yang menunjukkan waktu solat.
Di pintu Bab Malik juga terdapat temperature yang mennjukkan suhu waktu ini. Pada ketika ini, suhu di Mekah 26 darjah
Ini adalah pancuran emas yang terdapat di Kaabah. Ia berada di dalam kawaan hijir Ismail. Ia merupakan salah satu tempat yang mustajab berdoa.
Pekerja membersihkan Makam Ibrahim. Orang Melayu kita memanggil makam sebagai kubur. Di dalam bahasa Arab, asal perkataan makam ialah tempat berdiri. Ia merujuk kepada tampat berdiri, tempat persinggahan dan juga memberi makna kubur. Makam Ibrahim ini ialah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim ketika baginda membangunkan Kaabah.
Bagunan hotel yang sedang sibuk dibangunkan di sekitar Masjidil Haram.
Menara baru yang sedang dibangunkan
Ia berdekatan dengan Bab Malik (pintu raja)
Ini ialah tempat simpanan beg yang ada di tepi Masjidil Haram.
Pembangunan di Zam-Zam Tower
Runtuhan dan pembesaran masjid yang sedang dilakukkan berhadapan dengan Bab Umrah (pintu umrah).

InsyaAllah, kita akan berkongsi lagi pengalaman di sini.

2 comments:

Kamal said...

Syukran

MOHAMED said...

Assalamualaikum Ustaz, Skrg waktu sy menulis nie jam 2.46 ptg lebih kurang jam 9 pagi di Makkah. Banyak Pic menarik yang ustaz kongsikan. Utk makluman ustaz, InsyaAllah selepas Asar Masjid Negeri Shah Alam akan mengadakan solat sunat Gerhana Matahari. Gerhana Matahari akan berlaku di Malaysia pada petang nie. Khutbah Jumaat baru2 nie pun berkisar ttg Gerhana sebagai tanda keagungan dan kebesaran Allah. Wasalam ustaz.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...