Saturday, January 24, 2009

Diari 25 - Pertemuan Nostalgia

Alhamdulillah, pada pukul 3 petang waktu Malaysia, saya selamat bertolak ke Jeddah. Perjalanan mengambil masa kurang lebih lapan jam. Bersama di dalam penerbangan ialah jemaah dari Tabuhg Haji Travel dan Andalusia Travel.

Saya sampai ke Jeddah kurang lebih jam 12 waktu Malaysia. Rombongan saya yang berlepas pada hari Isnin lepas juga dalam perjalanan ke Mekah. Mereka semua dari Madinah. Mereka menunggu saya di Hotel Rawabi Bustan.

Saya keluar dari lapangan terbang bersendirian. Saya mencari teksi. Tiba-tiba saya disapa oleh seseorang. Apabila saya melihat ke arahnya, saya terus dapat mengecam wajahnya. Dia sahabat saya ketika saya belajar di Maahad Muhammadi dahulu.

"Anta ingat nama ana lagi tak?, sapanya. Ana Meor lah. "Oh ye.. seorang peminat sukan bola ketika sekolah" ingatan saya mengimbas kisah lama.

"Anta buat apa kat sini?" kata Meor. "Ana nak ke Mekah", jawab saya. "Kalau macam tu naik ana aje lah," Meor mengajak penuh mesra.

Meor seorang bekas pelajar Ummul Qura di Mekah. Dia sudah menamatkan pengajiannya tahun lepas. Sekarang dia membuat kerja-kerja sambilan membantu orang umrah dan haji.

Kami menaiki kenderaan GMC milik Fitri sahabatnya. Kami berbual-bual mesra. Perjalanan ke Mekah mengambil masa 45 minit.

Meor terus menghantar saya ke Hotel Rawabi Bustan. Semua jemaah sedang menunggu saya.

Ustaz-ustaz yang bersama jemaah juga ada sekali. Ada seorang mutawwif bersama jemaah. Namanya ustaz Asri. Beliau adalah pelajar di Universiti Madinah.
"Haa, kami semua dah penat pimpin jemaah di Madinah", kata ustaz Asri. "Umrah ni, kita suruh ustaz Muhammad pimpin kita". sambungnya lagi.
Saya hanya tersenyum tak dapat berkata apa-apa. "okeylah", jawab saya, Mari kita sempurnakan umrah kita", jawab jemaah yang ada.
Alhamdulillah, dalam beberapa ketika sahaja, kami dapat menyempurnakan ibadah umrah ini. Pada musim sekarang orang tak ramai. Ramai jemaah berpeluang mencium hajar aswad.
Alhamdulillah, semua perjalanan dimudahkan Allah. Jika Allah ingin mempermudahkan sesuatu buat kita, dia akan membantunya, sekalipun seluruh dunia cuba menggagalkan usaha kita. Begitu juga sebaliknya, jika Allah tidak mengizinkan sesuatu perkara, kita tidak akan mampu menjayakannya sekalipun seluruh dunia membantu kita.
Oleh sebab itu, hendaklah kita sentiasa bergantung pada Allah. Lidah kita berdoa dan hati kita mengharap. Allah tahu segala keperluan kita, cuma, dia suka untuk kita selalu berdoa untuk diberinya pula kita ibadah berdoa.
Ketika saya terkandas di KLIA isnin lepas, saya hampir-hampir sudah mahu terbang. Tetapi Allah menghendaki saya pergi lambat sikit. Itulah kuasa Allah. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang dan berusaha, Allah jugalah yang mengizinkan untuk sesuatu itu berjaya atau tidak.Semoga kita semua mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Alhamdulillah, selamat saya menunaikan umrah untuk tahun ini. Semoga Allah sentiasa memberi saya dan sidang pembaca sekelian peluang untuk bertamu di rumahNya.

6 comments:

Hunny said...

Salam ustaz. Syok bercampur jeles tengok entri pertama ustaz di Mekah. Siap posing depan Kaabah lagi.Hehe. Anyway, selamat mengerjakan umrah, moga mabrur, jangan lupa bacakan doa saya weh!Ada doa tertinggal, doakan kesihatan dan keselamatan ibu dan ayah saya dan keluarga, moga dapat keampunan, kesihatan, hilang sakit2 mereka, dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu..Thanx a lot.

Hunny said...

salam ustaz...ni saleh,adik hani yg de comelest tu.baru sampai kg ni.hani br bgtau ustaz g umrah.besnye ek?moga segala ibadah ustaz diberkati Allah n ustaz selamat sepjg kt sana.kita nk mtk tolong ustaz doakan kitala.bole ek?tlgla doakan kita n suami kita dpt baby tahun ni.dh 2 tahun tggu..teringin gak nk pegang baby sendiri.hehe...tu je la kot.time kasih ustaz...lagi satu ustaz..doakanla sy plak yg g sana.hehe...

MOHAMED said...

Salam Ustaz, Saya type ni jam 2.00 pg waktu Malaysia (9 mlm waktu Makkah). Sy dapat tahu ustaz pergi Umrah bila buka blog ustaz. Syukur ustaz selalu mendapat rezeki dan peluang untuk Umrah. Cuma sy berhajat , sambil2 ustaz berada dimana2 tanah haram..ustaz doakanlah agar nenek saya diberi kekuatan, ketabahan dan keafiatan yang sedang menjalani rawatan kimoterapi sekarang ini kerana kanser. Ada juga sy minta sahabat2 sy dibeberapa buah masjid turut mengadakan solat hajat malam tadi. Mudahan ustaz mendapat Umrah Mabrur. Doakan saya ustaz agar sihat rohani dan jasmani, dipelihara dan ditambah2 rasa kasih dan cinta kepada-NYA serta dpt kesana lagi. Salam juga buat Rasulullah dan para sahabat. Shukran ustaz. Wasalam.

Kamal said...

Assalamualaikum Ustaz..alhamdulillah dan terima kasih senantiasa berkongsi pengalaman dan ilmu...bagi ana itu semua membantu meningkatkan iman kepada Allah swt...lebih patuh kepada Allah swt dan Rasulullah saw...dan lebih taqwa dengan lebih menjalankan suruhan Allah swt dan lebih meninggalakan segala larangan-Nya. Lebih suka membaca dan memahami Al-quran...
Itulah blog ustaz ini sudah buat pada ana..moga2 Allah swt terus "mengilhamkan Ustaz untuk menulis" di blog ini...Tabarakallahufika..
Selamat beribadat dan selamat kembali ke Malaysia untuk terus berjuang..

ustaz kelate said...

salam ustaz amin, ana begitu teruja sekali dengan perjalanan dan penulisan ustaz amin.
ana doakan ustaz selalu sejahtera dlm lindungan allah.
satu hal menarik ialah gambar ustaz di sekitar masjidil haram, bukan senang nak bergambar di situ.

Ustaz Amin said...

Terima kasih

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...