Thursday, January 15, 2009

Diari 24 - Kita Tidak Keseorangan

Hari ini 14 Januari, jam 11.30 pagi, saya menghadiri satu perbincangan dengan Dato' Yahya Jalil, pengerusi Gerbang Perdana yang membuat membuat jambatan bengkok di Johor.

Perbincangan ini ialah mengenai sejarah-sejarah Islam terutamanya mengenai Israel. Dato' Yahya merancang membuat satu team untuk menulis sejarah-sejarah Islam terutamanya yang terkini. Kaedahnya ialah pergi ke lokasi dan mencari tulisan-tulisan yang mungkin tidak sampai di negara kita.

Tulisan ini akan diterjemahkan dan akan diterbitkan untuk tatapan pembaca di Malaysia. Usaha seperti ini amat baik. Ini kerana, banyak buku-buku dicetak terhad. Kadang-kala maklumat tidak sampai kepada kita.

Sebagai contoh, sewaktu saya pergi ke Uzbekistan, saya banyak membeli buku-buku sejarah tempatan yang tidak ada di negera kita. Antara yang menarik ialah tulisan mengenai sejarah Timurlane.

Mengikut tulisan yang sampai kepada kita, Timurlane ialah seorang yang jahat dan hauskan darah. Tetapi tidak ramai antara kita yang tahu bagaimana Timurlane menjadi Timurlane. Bagaimana perkembangan kehidupannya dari kecil, siapa gurunya, konflik di dalam keluarganya dan sebagainya. Kehebatan strategi tenteranya ditiru oleh Napoleon Bonaparte.

Sebenarnya, umat Islam memang perlukan ramai penulis. Jika orang barat, setiap bulan menghasilkan 150 ribu buku dan tulisan baru, kita orang Islam perlu lebih hebat dari itu lagi. Dan kita tidak akan dapat menulis jika tidak ada maklumat.

Oleh itu, orang Islam perlu lebih banyak membaca dan menulis. Bagi menyahut tuntuan ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran, jom kita jayakan program ini.

Hari ini 14 Januari, jam 2.00 petang, saya dihadiri seorang tetamu dari England, Mr. Abdul Sattar dan isterinya di pejabat saya di Shah Alam. Mr Abdul Satttar telah berada di Malaysia sejak Disember 2008.

Antara topik perbincangan kami ialah mengenai program pendidikan akan dibuat bersama Universiti Malaya iaitu pengambilan pelajar-pelajar dari Kemboja.

Saya mengutarakan mengenai idea Universiti Wakaf yang cuba diusahakan. Beliau amat tertarik dan terus berbincang dengan saya mengenai modus operandi yang ingin dijalankan.

Di akhir perbincangan, beliau ingin pergi ke Kemboja dan melihat sendiri keadaan saudara seIslam kita di sana. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, kami akan ke Kemboja pada 20 Febuari 2009 ini. Jika saya tidak dapat memimpin sendiri rombongan ini, insyaAllah, sahabat-sahabat yang ada akan menggantikan.

Melihat kepada cadangan-cadangan yang diberikan oleh Mr Abdul Sattar, saya rasa bersyukur. Ini kerana cadangan untuk membina pusat pendidikan untuk orang susah diambil perhatian. Kita hanyalah merancang, Allah yang akan menyempurnakan. Sesungguhnya, di dalam melaksanakan setiap perkara yang baik, kita tidak keseorangan.

Semoga, Univeristi Wakaf akan dapat dibina satu hari nanti di negara kita. Semua orang susah dan tidak mampu akan diberi pendidikan yang hebat secara percuma. Jika ini dapat dilaksanakan, maka, yang bersama akan mendapat peluang membuat amalan yang kekal pahalanya. Selagi mana Univerisit ini dimanfaatkan, selagi itulah pahala akan terus mengalir walaupun kita telah kembali bertemu Allah.
Pejabat Gerbang Pedana di Petaling Jaya.Helmi, seorang penerbit program TV memberi taklimat mengenai negara-negara yang pernah dilawati dan sedikit latar belakang pengembaraan.

Semua berbincang mengenai cadangan membawa buku-buku sejarah yang mungkin tidak sampai di negara kita.
Peta Palastine dan Israel. Banyak makam nabi dan sejarah Islam yang tersembunyi di sini.
Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah, amin..

3 comments:

Shahabudeen Jalil said...

nak ikut...

Hunny said...

Salam Ustaz,

Saya pun nak ikut turut serta, untuk membantu mendirikan Universiti ini.Cadangan yang mulia ini kalau dapat sokongan pihak berotoriti, macam MAIS, tentu lebih baik hasilnya. Amacam? Saya boleh bantu untuk Ustaz bentang paper dalam mesyuarat Wakaf MAIS.

Kurt said...

salam, ustaz,

penerbit TV dalam gambar tu nama dia helmi kan? macam familiar la muka dia.. kalau tak silap, dia terbitkan program mari mengaji kat tv9 tu.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...