Friday, January 23, 2009

Diari 24 - Bantuan Anak Yatim al-Quds

Khamis 22 Januari 2009. Saya menguruskan beberapa urusan di sekitar Shah Alam dan Subang. Pada pukul 3.00 petang, saya menghadiri mesyuarat di Petaling Jaya. Mesyuarat ini berkaiatan dengan cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa bagi membantu anak-anak yatim di Palestin.

Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Yayasan al-Ijabah. Apa yang hendak dibuat ialah membantu anak-anak yatim di Palestin dari sudut pembelajaran mereka. Caranya ialah dengan mengaturkan mereka belajar di mana-mana tempat khususnya di Malaysia.

Ramai orang yang membantu rakyat Palestin sekarang dengan bantuan kewangan dan keperluan mereka. Apa yang ditumpukan oleh Yayasan al-Ijabah ialah bantuan pasca peperangan. Kita hendak membuat seperti mana yang pernah dibuat kepada rakyat Bosnia dahulu.

Ketika orang lain sibuk membantu dari sudut keperluan mereka, kita, Malaysia, mengambil anak-anak Bosnia ini, menumpukan kepada pembelajaran mereka. Dalam masa beberapa tahun, mereka kembali dan membangunkan negara mereka yang telah dimusnahkan.

Kita akan cuba membantu pembelajaran mereka terutamanya anak-anak yatim. Jadi, taklah mereka hanya membaling batu dan lari seperti mana yang berlaku sekarang.

Di akhir perbincangan, kami menyentuh mengenai keperluan menubuhkan Universiti Wakaf. Yang hadir semuanya nampak keperluan ini dan insyaAllah akan berusaha ke arah penubuhan Universiti Wakaf ini.
InsyaAllah, sekembalinya saya dari Mekah, kita akan sama-sama melancarkan bantuan pasca peperangan untuk anak-anak yatim Palestin. Semoga sedikit niat dan usaha ini mendapat bantuan dan keredhaan dari Allah. Jom jayakan program ini.
Mesyuarkat kami dihadiri oleh enam orang
Perbincangan ini menumpukan kepada projek membantu anak-anak yatim dari sudut pembelajaran mereka.
Projek ini projek kita semua orang Islam. Oleh itu mari sama-sama kita bahu membahu untuk sama-sama jayakan. InsyaAllah, bagi saudara pembaca yang berminat, kita mengalu-alukan sukarelawan nanti.

2 comments:

Cik Illya said...

salam. ustaz, jgn lupa war-warkan yer sekiranya memerlukan sukarelawan. saya berminat.

Hunny said...

Salam ustaz,

teruskan perjuangan murni anta. Moga berjaya. Saya sentiasa menyokong

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...