Tuesday, September 6, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 87 – “Yahudi Dan Masjid..”

Bani Israel adalah satu kaum yang mempercayai Allah sebagai tuhan. Mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa dan Muhammad sebagai Nabi. Mereka disebut sebagai ahli kitab.

Ada juga Bani Israel yang Islam setelah melihat kebenaran Islam itu.

Dari Bani Israel yang ingkar, itulah disebut sebagai Yahudi oleh al-Quran. Jadi, Bani Israel lebih luas, satu bangsa, ada yang Islam dan ada yang tidak, tapi yang ingkar itulah disebut sebagai Yahudi.

Di dalam syariat, orang lelaki muslim boleh menikahi ahli kitab dan   sembelihan ahli kitab juga boleh kita makan.

Ini kerana mereka menyembelih dengan cara yang sama iaitu mesti putus urat merih dan membaca Nabi Allah juga.

Kalau kita sembelih dengan menyebut “Bismillah” mereka menyembelih dengan menyebut “Shem Ha Shem..”

Dalam Islam ada Asmaul Husna, dalam Yahudi pun ada.

Dalam Asmaul Husna nama Allah ada Ar-Rahman, Ar-Rahim, al-Qudus dan sebagainya dalam Hebrew nama Allah mereka sebut sebagai Ilah, Shado, Shem dan sebagainya,

5 September 2011, ketika kami sampai di Masjid Khalil al-Rahman, masjid yang terletak makam Nabi Ibrahim, tiba-tiba terdapat sekumpulan askar Yahudi masuk ke masjid.

“Saya bertanya Walid, kenapa ada askar Yahudi?”

“Ada orang besar Yahudi ziarah Makam Nabi Ibrahim sekarang dan berdoa dalam masjid ini?” kata Walid.

“Dia berdoa dalam masjid?” tanya saya ingin tahu.

“Ya, sebab,dari sudut ibadah dan cara hidup, orang Yahudi lebih menghormati Islam dari Kristian, dia tahu masjid orang Islam suci dan bersih sebab itu dia boleh berdoa dalam masjid tapi tidak sekali-kali dalam gereja” terang Walid.

“Orang Yahudi tak makan babi,tak seperti kristian, orang yahudi bersunat, tidak seperti kristian dan dia juga ada soal kesucian dalam makanan, dia boleh makan makanan orang Islam tapi tidak orang kristian” terang Walid lagi.

Saya melihat askar Yahudi siap dengan senapang, dia memakai kasut di dalam masjid tetapi dibentangkan tikar plastik kerana dia tahu masjid itu suci dan bersih.

Kadang kala, orang Islam sendiri tidak tahu hormat masjid, ketika saya berada di Mekah, saya melihat pergolakan di Libya dan Syria di dalam berita, pasukan keselamatan masuk ke masjid dengan kasut dan tanpa alas.

IMG_4748

Hari ini, ada orang Yahudi menziarahi makam Nabi Ibrahim dan dia berdoa dalam masjid ini.

IMG_4749 

IMG_4750

Tentera mereka membentangkan tikar sebagai alas untuk tidak mengotori masjid ini.

Tapi ini dalam keadaan biasa dan aman, kalau sedang pertentangan hebat, sudah tidak ada lagi perasaan menghormati ini…

Bagi kita yang belum melihat perbahasan saya mengenai “Beriman dengan Rasul di al-Aqsa ini, boleh lihat di dalam program Usrah ini..

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

7 Syawal 1432/ 6 September 2011 jam 6.30 pagi

3 comments:

SJ said...

Zaman nabi masuk masjid kena buang kasut ke?

guard46 said...

Salam ustaz,
Perkongsian cerita yang menarik. Selama ini saya beranggapan bani Israel dan yahudi adalah sama. Masih ada golongan mereka yang dipanggil ahli kitab, sebab itu mereka menziarahi makam para nabi dan juga menghormati akan kesuciannya. Semuga ustaz didalam peliharaan Allah dan teruskan dengan perkhabaran gembira sebegini. Insyallah.

Anonymous said...

Ustaz, bole tak saya beranggap begini:

Mereka tak mengakui Nabi Muhammad saw, bermakna mereka masih ingkar perintah Allah. Cuma sebab mereka so far tak kacau orang2 Islam, kita tak bermusuhan dgn mereka, malah berbaik2 mudah2an terbuka hati mereka.

Sama juga kita berbaik2 dgn golongan lain, yg berpegang dgn kepercayaan/agama masing2 (atas sbb yg sama).

Cuma dari sudut budaya, cara hidup, makanan tu berbeza le dgn ahli kitab tu.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...