Rabu 29 Jun 2011, saya memenuhi undangan ceramah Isra dan Mikraj di Bandung Indonesia,
“Mohd, nanti habis program, dia orang dah susun untuk anta pergi ke Cipanas” kata Dr. Raihanah, isteri Prof. Dr. Ahmad Hidayat yang menjemput saya ke sini.
Cipanas adalah satu kawasan air panas gunung berapi. Kononnya, jika kita mandi di situ badan kita akan menjadi lebih segar kerana banyak mineral asli pada air itu.
Perjalanan ke Bandung kali ini, saya membawa keluarga saya bersama…
Selepas Zohor, kami mula bertolak dari Bandung ke Cipanas. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih kerana hari ini jalan agak jem. Di sini, sambutan Israk dan Mikraj dikira sebagai cuti umum.
Ini antara pengangkutan awam di Cipanas.
Kuda juga digunakna sebagai pengangkutan awam.
Mata saya tertumpu pada gunung ganang yang menghijau dengan dilitupi awan di atasnya. “Subhanallah….” terkeluar perkataan ini secara spontan melihat keindahan ciptaan Allah, inilah keindahan yang Allah jadikan di Cipanas.
Orang di sini memberi tahu, Ci maksudnya air, panas bermaksud panas jadi Cipanas bermaksud “air panas”. Apa yang menarik di Cipanas ini, jika kita mandi, airnya memang sedap, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Berbeza dengan kolam air panas di Malaysia yang terlalu panas. Memang kalau berendam, macam tak mahu naik…
Kami telah ditempahkan chelet terapung air panas. Yang menariknya, dalam danau-danau air panas ini, terdapat banyak ikan-ikan yang hidup. Kita boleh memancing dan kalau dapat, boleh minta dapur chelet masakkan.
Dengan bunga-bunga teratai yang hidup, suasana sangat tenang dan nyaman. Macam perkampungan perguruan silat zaman dulu kala, atau sekolah Kung Fu di China dan mungkin seperti biara Samurai di Jepun.
Pada waktu pagi saya melihat di Chelet sebelah, terdapat pelancung dari luar yang mengamalkan teknik pernafasan di Chelet mereka. Bagi saya, solat subuh dan solat sunat yang mengiringinya sudah cukup untuk kita menenangkan fikiran dan ia lebih berkesan dari bertafakkur….
Walauapa pun, inilah kebesaran Allah, menjadikan air panas juga bermanfaat untuk manusia, tetapi amat sedikit dari golongan manusia yang bersyukur, “maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah ar-Rahmah)
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
2 Sya’ban 1432/ 4 Julai 2011 jam 1.40 pagi
1 comment:
apa nama chalet ni ustaz. menarik
Post a Comment