Wednesday, July 6, 2011

Diari 323 – “Multimedia Israk dan Mikraj Di Pesta Buku..”

“Sesiapa Yang Allah Kehendaki Kebaikan Padanya, Akan Diberi Kefahaman Mengenai Agama” – (HR al-Bukhari di dalam kitab al-Ilm)

Kalau mahu bacakan di dalam konteks yang lebih besar, jika Allah mahukan sesebuah masyarakat itu baik, maka masyarakat itu akan suka pada agama.

Mudah-mudahan masyarakat Lembah Klang ini semakin dirahmati Allah.

“Ustaz, jangan lupa ye ceramah dekat pesta buku 3 Julai ni” kata kak Afifah mengingatkan saya.

“InsyaAllah kak, dah masuk dalam jadual dah” kata saya memberi kepastian.

“Tak ada lah ustaz, ni dah dua orang ustaz tak datang ni, janji nak datang beri ceramah, tapi “last minute” batalkan” kata kak Afifah sambil menyebutkan nama ustaz-ustaz besar.

Inilah kelebihan pesta buku Shah Alam. Terdapat banyak program ceramah sampingan di hari-hari berjalannya pesta ini.

3 Julai 2011 jam 2.00 petang. Saya memenuhi undangan ceramah Israk dan Mikraj di pesta buku ini. Lokasi ceramah betul-betul di hadapan pintu masuk pesta buku.

Ramai juga yang duduk hingga tamat ceramah walaupun di buat dalam dua jam, yang lain ada yang lalu lalang, ada yang pergi dan datang semula, dan Alhamdulillah, peluang ceramah di tempat macam ni bagus kerana ada juga “non-muslim” duduk dan dengar penuh minat.

Barang kali, ini kali pertama mereka dengar peristiwa Israk dan Mikraj. Biasa di masjid, mereka tak datang. Siapa tahu terketuk hati mereka untuk masuk Islam….

Alhamdulillah, semoga masyarakat kita semakin menjadi masyarakat yang cenderung pada agama kerana Nabi SAW menjanjikan bahawa itulah ciri-ciri orang yang akan diberikan kebaikan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

4 Syaban 1432/ 6 Julai 2011 jam 1.00 pagi

IMG_2680

Lokasi ceramah betul-betul di pintu masuk

IMG_2684

IMG_2685

IMG_2698

Semoga masyarakat kita terus menjadi orang yang mempunyai kefahaman agama yang lebih baik dan baik, amin….

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...