Semua orang mahu sihat….
Menurut World Health Organization (WHO), sihat bererti kesejahteraan mental, fizikal dan sosial. Ini bukan semata-mata tidak ada kecacatan
Kita boleh bincangkan sihat dari berbagai sudut, tapi kalau menurut WHO ini, mental adalah salah satu komponen penting untuk sihat.
Hari ini, ramai orang yang mengalami penyakit stress, satu penyakit yang banyak penghidapnya tapi kadang kala orang tidak perasan.
Pakar psikologi menyusun berbagai teori untuk menangani stress ini, tapi di dalam Islam, ia juga dibahaskan dan jalan keluar menurut al-Quran dan hadis juga tersedia.
4 Julai 2011 jam 11.00 pagi. Saya dijemput untuk menyampaikan perbahasan mengenai “Pengurusan Stress menurut Islam” di Dewan Hadari Menara Pusat Islam Kuala Lumpur. Perbahasan ini dibuat di dalam Bengkel Pengurusan Stress yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Secara peribadi, pengurusan stress ini memang perlu diajar dan dikongsikan bersama dan patut disusun sebagai sebuah modul di dalam kursus perkahwinan. Banyak pasangan muda yang hilang kawalan hingga berlaku perkara tidak diingini kerana kurang mahir di dalam mengurus perasaan.
Semoga ia dapat dikembangkan lagi di masa akan datang..
bersama peserta bengkel Pengurusan Stress
Saya membahaskannya dari sudut Islam
tidak banyak perbezaan cara menyelesaikannya antara teori barat dan al-Quran. Ini kerana asal teori barat juga dari sarjana Islam yang terlebih dahulu mengkaji tentang kemanusiaan ini.
No comments:
Post a Comment