Thursday, July 21, 2011

Universiti Kehidupan 201 – “Bagus ke tak bagus..?”

Politik di Timur Tengah berbeza dengan di tempat lain. Dia ada cara bacaannya sendiri. Begitu juga dengan fatwa-fatwa tempatan.

Sabtu 16 Julai 2011 jam 2.30 petang, saya dan rombongan melawat Bethlahem, tempat kelahiran Nabi Isa a.s.

Bethlahem adalah wilayah jagaan Palestin. Jadi polis-polis yang ada di sini adalah polis Palestin, hanya bersenjata ringan sahaja.

Setelah melawat tempat kelahiran Nabi Isa, saya duduk berbual di satu tempat. Ada gambar Yasser Arafat di sini.

“Orang ini bukan bagus sangat” kata Mahmud, pemandu pelancong kami.

“Oh ye ke…” kata saya.

“Tapi dia ada satu kelebihan…” Mahmud menambah.

“Apa dia?” Kata saya ingin tahu.

“Ketika dia masih hidup, tidak ada orang Palestin bertembak sesama sendiri, bermakna, dia tahu keadaan orang di sini dan bagaimana, mentadbir dan bergaul dengan mereka” Mahmud menerangkan.

Sekarang ada orang Palestin bertembak sesama sendiri ke? tanya saya lebih lanjut.

“Banyak” jawab Mahmud ringkas.

“Macam di Iraq, Saddam Hussain bukan bagus, tapi dia tahu macam mana nak mengurus orang Iraq” kata Mahmud lagi.

“Iraq pernah aman di bawah dua pemerintahan sahaja, pertama Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqafi dan yang kedua Saddam Hussain, yang lain semua huru hara” Mahmud menambah lagi.

“Ok”, kata saya.

Barang kali saya boleh membuat sedikit kesimpulan.

Ada empat jenis pemimpin.

1. Kurang bagus segi peribadi dan kurang bagus dalam pemerintahan

2. Kurang bagus segi peribadi, tapi bagus dalam pemerintahan

3. Bagus dari segi peribadi, tapi kurang bagus dalam pemerintahan

4. Bagus segi peribadi dan bagus juga dalam pemerintahan

Mmm, kalau kita nak pilih pemimpin, nak pilih mana satu ye…?

Walau apa pun jawapan yang kita beri, kita kena yakin satu perkara bahawa untuk bagus, kita tidak mampu untuk menjadi bagus secara sendirian. Ia perlu dibantu dengan wahyu Allah. Bermakna, Islam akan membawa orang menjadi bagus kerana Allah yang maha mencipta yang tahu bagaimana manusia boleh menjadi bagus.

Cuma kadang kala, kita mudah menghukum seseorang itu tidak bagus sebab penilaian kita juga tidak benar-benar melalui apa yang Islam ajarkan..

Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

19 Syaaban 1432/ 21 Julai 2011 jam 7.00 petang

IMG_3500

Bersama polis Palestin

IMG_3497

Saya rasa saya kena tabik dia ni kerana walaupun dia tidak bagus tapi paling kurang tidak ada orang Islam Palestin bertembak sesama sendiri di zamannya…

Dan tabik saya pada semua orang yang sayangkan Islam, para pendakwah dan pejuang-pejuangnya di dalam apa juga bidang….

7 comments:

Anonymous said...

Betul & Baguss benar apa yg ustaz tulis tu ..

Kami nak sekurang2nya isteri2 pemimpin Islam & pemimpin2 Islam wanita di Msia ni pada pakai le tudung at least ..

Yg lain2 tu, utk jadi pemimpin baguss & baik, selain ilmu, pengalaman & kematangan sangat penting ..apalagi niat & tindakannya semata2 kerana Allah.

Klu tak.. tunggu le.. mcm Sadam Husin tu

Komik Oyunlar said...

thank you web site good.

Araba Yarışı Oyunları said...

nice good post..

Benten Oyunları said...

thank you nice good blog.

Chempaka Aziz said...

salam ustaz.
suka singgah dan baca di sini.selamat berpuasa utk ustaz dan famili.

milsa said...

tentulah yang no. 4 ustaz"Bagus dari segi peribadi dan bagus dari segi pemerintahan.SALAM

[™محد زولفکر] Zulfakar said...

Betul
Betul
Dan
Betul

Tahniah Ustaz.
Dan Selamat Berpuasa