Sabtu 16 Julai 2011, hari ini hari terakhir untuk saya dan rombongan berada di Jerusalem bagi ziarah kali ini, esok hari (Ahad 17 Julai 2011) kami serombongan akan bertolak ke Amman dan seterusnya pulang ke tanah air.
Jam 4.00 petang, saya bersama rombongan berjalan-jalan di kota lama Jerusalem. Oleh kerana ada beberapa orang wanita di dalam rombongan kami, (isteri saya dan penerbit program Usrah) jadi kami berjalan agak perlahan. Kaum wanita membeli ole-ole untuk dibawa pulang, saya dan rombongan lelaki hanya minum teh dengan pudina di kedai teh berhampiran.
Saya berjalan di kedai buku dan alat tulis, melihat buku bahasa Arab bagi anak-anak kecil.
Jurujual bernama Ahmad ini menyapa saya dan kami berbual panjang…
Antara topik perbualan ialah mengenai derma ke Palestin. Ahmad mengetahui mengenai mencurahkan derma kepada Palestin melalui saluran politik.
Menurut Ahmad, banyak bantuan derma dari saluran politik tidak sampai kepada sasaran sebenar. Dia memberikan beberapa nama tokoh pemimpin dari “Fatah” mahupun “Hammas” yang kini kaya raya dan mempunyai hotel serta tanah di Palestin.
“Jadi, kalau nak menderma pada siapa yang sesuai?” tanya saya pada Ahmad.
“Kamu datang ke Jerusalem ini, dan saya akan bawakan kamu terus ke rumah orang susah, dan anak yatim. kamu lihat sendiri dengan mata kamu dan kalau kamu puas hati, kamu berilah sendiri” kata Ahmad, satu cadangan bagus.
“Atau kamu berikan pada orang yang amanah..” kata Ahmad lagi.
“Saya orang luar, saya tak kenal mana satu orang yang boleh dipercayai?” kata saya.
Ketika kami berbual, beberapa orang yang lalu lalang turut berhenti dan bersama kami berbual.
Ketika sampai pertanyaan saya, siapa orang yang amanah?, masing-masing memberikan pendapat. Bermula dengan pendapat menjadi pertengkaran.
Topiknya amat mudah, siapa orang amanah?….
Pertengkaran sudah mempunyai regu hingga lima orang, kedai yang sempit sudah mula tidak muat.
Perlahan-lahan saya mengundurkan diri. Ketika rombongan wanita telah selesai membeli, kami melalui hadapan kedai tadi, pertengakaran masih berlangsung…
Saya menggeleng kepala sendiri…
“Macam mana nak kuat, baru bincang siapa orang amanah sudah berlarutan bertengkar, belum bincang pasal negara lagi..”
Kadang kala, benar juga perkataan yang menyatakan..
“Sebenarnya Israel bukanlah terlalu kuat, tetapi orang Arab sekeliling Israel itu yang terlalu lemah..”
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
17 Syaaban 1432/ 19 Julai 2011 jam 8.00 petang
Saya mencari buku bahasa Arab untuk kanak-kanak
Bermula dengan memberi pendapat menjadi pertengakaran
Orang Yahudi yang lalu lalang hanya tersenyum sahaja melihat dan saya tidak tahu macam mana nak terangkan pada anak saya ketika saya di tanya..
“Abah, kenapa dia bergaduh abah…..?”
5 comments:
slm...ustaz
semoga ustaz & sekeluarga sihat berbahagia..
disebabkan pertanyaan ustaz, diorang bertengkar...membincangkan siapa org yg amanah.....sepatutnya diorang berbincang mengikut cara islam lah kan...menghormati padangan saudaranya..bukannyer marah2...
adoiii.. bende simple pn bole gadu ker? dasyat2...
This is the first time I've read such a good article, really very good,I hope there still can continue to read such a good article.
salam ustaz..
kata orang .. bersatu kita teguh ,
muafakat membawa berkat ..
Assalamualaikum ustaz..
Moga Allah memberkati seluruh umat Islam. Dan kita di Malaysia ni jangan sampai jadi tak boleh ditegur sebegitu, tak kiralah anda pemimpin atau penyokong parti mana pun, utamakan perpaduan atas asas ISLAM. Ameen..
Post a Comment