KLIA 6 Julai 2011 jam 9.30 pagi, saya sudah berada di dalam perut kapal terbang kala ini bagi perjalanan ke Guangzhou China, memenuhi undangan “Kursus Persaraan Bersinergi” kumpulan ketiga.
Penerbangan selama 3 jam 45 minit ini hanya dihabiskan dengan menyemak perbentangan yang akan dibuat di Hotel Mandarin Guangzhou.
Selesai semua urusan di lapangan terbang Baiyun Guangzhou jam 1.45, saya terus ke destinasi, dari lapangan terbang ke Mandarin Hotel hampir sejam perjalanan.
Berehat sebentar, jam 4.00 petang pembentangan pertama saya di dewan Mandarin Hotel bertajuk “Peranan Peniaga Di dalam Ummah Islamiyyah”. Peniaga adalah salah satu kumpulan penting di dalam membangunkan ummah kerana ia sebahagian dari bidang Fardhu Kifayah yang wajib dibangunkan.
Untuk esok harinya, 7 Julai 2011, saya akan membentangkan lagi 5 topik iaitu “Pengurusan Fizikal dan Mental Di Dalam Persaraan”, “Pengurusan Kesihatan”, “Pengurusan Stress”, “Pengurusan Kewangan” dan “Asas Perniagaan”
Pembentangan di sulamikan dengan beberapa bengkel
Beberapa kumpulan di bahagikan untuk perbincangan
wakil ahli kumpulan membentangkan perbincangan mereka.
Secara peribadi, syabas dan tahniah kepada Tabung Haji di atas keperihatinan mereka kepada pekerja yang mahu bersara ini. Mereka di dedahkan dengan alam perniagaan langsung ke negara tempat mereka akan mengambil barang. Selama seminggu mereka akan didedahkan secara teori dan praktikal memulakan perniagaan.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Syaban 1432/ 12 Julai 2011 jam 7.00 pagi
1 comment:
teringin nak dengar ceramah ustaz amin pada mereka...Insya ALLAH ya...
Post a Comment