Rabu 13 Julai 2011 jam 3.30 pagi, saya bersama keluarga dan krew TV9 mula meninggalkan tanah air menujuk ke Doha dan kemudian melanjutkan perjalanan ke Jordan.
Di Jordan, kami tinggal di hotel laut mati, hotel yang terletak betul-betul di tepi laut mati. Berjalan tak sampai 5 minit akan sampai ke laut mati.
Kami memilih untuk ke tinggal di sana kerana dari laut mati ke sepadan Palestin hanya setengah jam. Kalau dari Amman, perjalanan lebih sejam.
Kalau terlambat sampai ke border, maka bererti lambatlah kami akan melintasi border. Kalau lambat bererti akan terlambat kerana terlalu ramainya orang di sempadan ini.
Jangkaan kami tepat. Jam 9.00 pagi kami meninggalkan hotel dan terus ke sempadan Jordan-Israel.
Dan urusan kami semua selesai dalam sejam lebih sahaja. Ini berbeza dengan pertama kali saya masuk ke sini, tertahan dekat 5 jam, kali kedua tertahan hampir 4 jam. Pengalaman yang lepas mengajar dan kami perlu berada di sepadan awal pagi.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Salahuddin St. Jerusalem
12 Syaban 1432/ 14 Julai 2011 jam 6.05 petang
Quuen Alia Airport, Amman Jordan
Perjalanan ke laut mati dihiasi dengan pokok Zaitun
Laut mati adalah kawasan paling rendah di dunia, 410 meter terbenam dari paras laut
Kawasan paras laut sebelum turun ke kawasan lebih rendah lagi..
2 comments:
Salam alaikk ya ustaz...bila nak singgah anak2 di negeri Mu'tah Syuhada' ini?
Mudah2an Allah berkati perjalanan ustaz...Allahumma amin...
bertuah budak-budak tu...kecik-kecik dah ikut mak ayah menambah pengalaman merantau...Syukurlah...
Post a Comment