Wailing Wall (tembok ratapan) dikenali juga dengan nama Western Wall (Tembok barat) panjangnya sekitar 60 meter sahaja.
Bagi kepercayaan orang Yahudi, tembok ini adalah sisa-sisa masjid Sulaiman yang dihancurkan oleh Titos dari Rom pada tahun 70 masihi.
Di sini mereka membuat amalan 1.berdiam "Shekhinah" 2. Membaca kitab taurat 3. Berdoa.
Dinding ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu untuk laki-laki dan perempuan. Bagi orang Yahudi Ortodoks, mereka percaya bahawa mereka tidak boleh berdoa bersama-sama dengan kaum perempuan.
Bagi umat Islam, tembok ini disebut sebagai “Khait al-Buraq” atau dinding Buraq kerana disebalik tembok ini, Nabi SAW menambat Buraqnya. Di sebalik dinding ini terdapat masjid Buraq.
15 Julai 2011, dalam tiga kali berkunjung ke al-Aqsa, inilah kali pertama saya berpeluang melihat tembok ratapan ini dari dekat.
Untuk masuk ke dalam tembok ratapan ini, seorang orang perlu memakai kopiah. Mereka menyediakan kopiah kecil yahudi untuk dipakai.
Jika kita orang Islam dan telah memakai kopiah, maka kita tidak perlu lagi untuk memakai kopiah mereka.
Saya menghampiri tembok ratapan ini, warnanya sudah bertukar menjadi agak hitam keran telah selalu dipegang.
Keadaan mereka meratap sama seperti orang Islam menangis di kaabah bezanya ialah mereka kemudian akan menulis hajat mereka pada kertas dan akan diselitkan dicelah-celah dinding tembok ini.
Bagi kita orang Islam, kita tidak perlu menulis hajat kita dan meletakkanya di mana-mana tempat kerana Allah yang Maha mendengar sentiasa faham segala hajat kita yang nyata dan yang tersembunyi.
Melihat mereka ada yang menangis, ada yang terhangguk-hangguk membaca kitab mereka, ada yang berdoa dengan tekun, saya dapat mengambil iktibar bahawa setiap manusia memang secara fitrahnya mempunyai hajat, mempunyai rasa bersalah pada dosa, mempunyai harapan agar dilepaskan pada setiap kesusahan, tapi pada siapakah yang kita minta, itu yang membezakan anatar orang beriman dengan orang kafir.
Bagi umat Islam, segala hajat kita perlu tulus dan suci pada Allah swt, bukan pada patung, bukan pada pokok dan bukan pada selain Allah.
Menghadap kaabah adalah tempat yang Allah perintahkan untuk kita menghadap seperti di dalam al-Quran, dan hati kita perlu sentiasa bergantung pada Allah pentadbir Alam ini.
Dan jika bergantung pada Allah, maka Allah akan kurniakan pada kita kebahagiaan hati….
“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Salahuddin St. Jerusalem
Sabtu 14 Syaban 1432/ 16 Julai 2011
Jalan-jalan masuk ke Wailing Wall
tembok ratapan. Disebalik tembok ini adalah masjid al-Aqsa
tiga kali ke sini, inilah kali pertama saya menghampiri tembok ratapan ini
di sini mereka meratap, berdoa dan membaca kita mereka
kami sempat membuat pengambaran di tepi tembok ini. Tapi segi perasaan memang agak risau juga ketika mata-mata si Yahudi memandang pada kami. Tapi mereka tidak pula menghalang untuk kami membuat ulasan di sini
Mereka meletakkan kertas yang ditulis dengan doa
Restoran percuma bagi yang memerlukan
Tembok ini sepanjang 60 meter
Lepas berdoa, ada yang keletihan dan tertidur di sudut tembok ini. Macam orang Islam, ada yang tertidur pada khutbah Jumaat…
1 comment:
salam ustaz, siapa tuhan yahudi? adakah Allah seperti mana mereka menjadi pengikut Nabi Daud dan Sulaiman?
Post a Comment