Tuesday, July 12, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 77 – Tembok Besar China

Tamat program bersama rombongan Tabung Haji, kesempatan berada di China ini, saya melanjutkan perjalanan ke Beijing. Sebagai menambahkan lagi pengajian di Universiti Kehidupan ini. Perjalanan kali ini saya menimba banyak perkara. InsyaAllah kita akan kongsikan di dalam blog ini.

Antara yang menarik di Beijing ini ialah Tembok Besar China, salah satu tinggalan sejarah sejak ribuan tahun dahulu.

Ada beberapa tempat boleh kita lawat tembok besar China ini. antaranya ialah Great Wall Ba Da Ling. Great Wall Mu Tian Yu, Great Wall Jin Shan Ling dan beberapa lagi.

IMG_2761

Kesempatan berada di sini saya ke Great Wall Mu Tian Yu, khabarnya antara tempat lawatan  ke Great Wall yang dibuka, di sini paling cantik. Untuk naik ke Great Wall Mu Tian Yu ini, kita akan menaiki kereta kabel.

IMG_2764

Dari kejauhan sudah nampak tembok besar ini. Yang menariknya, laluan tembok besar ini dibuat di puncak-puncak bukit dan gunung. Jadi, ada yang laluannya menerobosi awan-awan putih. 

IMG_2782

Satu lagi yang menarik, kebanyakkan tangganya dibuat tidak begitu tinggi, antara anak tangga rendah.  Bagi orang yang berumur pun, boleh untuk ke sini kerana tidak perlu tenaga yang banyak untuk memanjat anak tangga. Bagi orang muda mungkin boleh melangkah dua anak tangga terus.

IMG_2787

Tembok besar ini dibuat sebagai benteng dari serangan Monggol. Di setiap menaranya akan ada yang menjaga, jika mereka terlihat tentera monggol yang ingin menyerang, mereka akan menghidupkan unggun api. Ia ibarat telifon bagi memberi tahu menara-menara lain agar bersedia jika terdapat pergerakan tentera musuh menghampiri mereka.IMG_2793

Satu lagi yang agak menakjubkan ialah, macam mana mereka mengangkut batu-batan ke atas gunung ganang ini?

IMG_2807

Suasana di sini memang cantik. Setelah berjalan jauh, kita boleh membeli minuman yang ada dijual oleh peniaga kecil di sekitar tembok ini. Sambil kita memerhatikan hutan belentara yang luas, sekali sekala lebah-lebah hutan datang menemani kita untuk minum. Ia seolah-olah mengajak kita berbual di dalam bahasanya.

IMG_2818

Keindahan tembok besar China

IMG_2826

InsyaAllah, kita akan kongsikan lagi perkara menarik di dalam kembara China ini. Malam ini, saya akan bertolak ke Palestin. Pohon di doakan.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

9 Syaban 1432/ 12 Julai 2011 jam 9.00 malam

2 comments:

boxhousestudio said...

ai seh kena pergi ngan en shah le nampaknya ni...^_*...

Pen Biru said...

saya dibawa ke JuYong Great Wall..anak tangga nya masya Allah..tiap 1 tingginya lebihkurang 1kaki dan dalam keadaan curam hampir 70darjah..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...