Wednesday, July 13, 2011

Diari 327 – “Sehari Sebelum ke al-Aqsa..”

Jam 7.00 malam 11 Julai 2011, dengan izinNya, saya selamat sampai dari Guangzhou China. Balik rumah mandi, terus keluar bermesyuarat dengan Ustaz Azmi mengenai perjalanan Rumah HIV Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah. Malam ini, seorang penghuni Darul Ukhwah telah kembali ke rahmatullah… (al-Fatihah..)

Jam 9.30 malam saya terus ke Damansara menghadiri  pertemuan dengan Dato’ Roslan Khalid mengenai premis kedai yang saya sewa darinya di Ampang.

Jam 11.30 malam, saya  ke Sunway pula  untuk bertemu dengan Abang Azizi membincangkan mengenai perjalanan rumah anak yatim al-Ijabah.

IMG_2899

12 Julai 2011, hari ini hanya ada sehari sahaja untuk saya menyelesaikan banyak perkara sebelum bertolak ke Palestin. Pagi ini, jam 9.30 pagi saya bersama dengan warga Shah Alam di Yayasan Restu membincangkan mengenai perkara berkaitan Ramadhan.

IMG_2894

Antara yang dibincangkan ialah mengenai fidyah, kadar zakat fitrah. Saya pernah menulis mengenainya di dalam blog ini. Untuk membaca kembali, kita boleh melawat http://www.ustazamin.com/2008/09/berapakah-nilai-zakat-fitrah-anda.html

IMG_2916

Jam 11.00 pagi, saya bersama dengan warga Bukit Jelutong di dalam rakaman “Usrah” bertajuk Ahlan Ya Ramadhan

IMG_2918

Rakaman Usrah ini akan keudara pada hari Jumaat sebelum Ramadhan.

IMG_2920

Saya solat Zohor di Masjid bukit Jelutong sebelum ke Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway  memenuhi temuramah bersama program Kalamullah TV9.

IMG_2921

Pendekatan Kalamullah tahun ini berkisar pembacaan al-Quran dan juga lawatan ke sekolah-sekolah tahfiz terpilih.

IMG_2929

Asar, saya bersama dengan anak-anak saya dari Ijabah di dalam majlis doa selamat untuk semua terutama doa selamat bagi perjalanan saya ke Palestin. Setakat semalam, sebenarnya, kami belum memperolehi kebenaran untuk memasuki Palestin. Ini rentetan dengan kerajaan Isreal memboikot Malaysia kerana penghantaran bantuan kepada Palestin.

Maghrib, saya bersama dengan staf ALCC di dalam menyemak segala perkara kepejabatan selama ketiadaan saya di tanahair.

Selepas Isyak, memang kebiasaannya, sebelum bertolak, saya akan melihat asrama anak yatim dan tafiz al-Ijabah, memastikan segala keperluan telah cukup dan perjalanan pentadbiran semuanya di dalam keadaan baik dan  bertemu dengan ibu saya memohon restu.

Jam 11.00 malam, baru pulang ke rumah untuk berkemas. Tetapi dua orang warden dan guru Maahad Sains al-Quran telah berada di rumah untuk membincangkan beberapa perkara.

Jam1.15 pagi baru mereka bergerak dari rumah saya. Saya terus mencapai baju-baju yang ingin di bawa dan jam 1.40 pagi mula bergerak ke lapangan terbang.

Malam ini saya menaiki Qatar Airways. Jam 3.30 pagi kapal mula bergerak. Kadang kala, terlalu letih menyebabkan kita mudah tidur dan kadang kala, terlalu letih hingga kita tidak boleh nak melelapkan mata.

Dua jam penerbangan, saya terkebil-kebil sendirian. Sekali-sekala membaca surat khabar yang ada di dalam kapal ini.

Musafir kali ini bersama krew “Usrah”. Kami akan berkongsikan apa yang menarik di Palestin insyaAllah. Malam nisfu Syaban akan kami sambut di al-Aqsa. Satu yang selalu saya pohonkan agar negara umat Islam terutama di Nusantara sentiasa dikurniakan keamanan dan kesejahteraan. Semoga dengan nikmat keamanan akan memudahkan lagi kita untuk berusaha ke arah keredhaan Allah…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Doha Airport

11 Syaban 1432/ 13 Julai 2011 jam 9.30 pagi

3 comments:

anuarkarimz said...

Saya doakan moga ustaz dimudahkan olehNya dlm segala urusan semasa di Palestine...

Anonymous said...

Semuga perjalanan ustaz dipermudahkanNya.

Kak mas

boxhousestudio said...

masa itu emas....semua masa ustaz di penuhi emas....terima kasih ALLAH....

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...