Wednesday, July 6, 2011

Diari 325 – “IKIM, Kalau Macam Tu Kena Buat Rakaman lah ye..”

5 Julai 2011, hari ini satu hari tugasan saya memang sibuk dari pagi hingga ke malam menguruskan bahagian Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin, anak yatim dan juga rumah HIV muslim Darul Ukhwah.

Ini kerana esok 6 Julai 2011 jam 9.30 pagi, saya sekali lagi akan bertolak ke GuangZhou China bagi mengendalikan kursus perniagaan menurut Islam yang dianjurkan oleh Tabung Haji. Kekerapan bersama Tabung Haji hingga ada yang menyangka…

“Ustaz sekarang bertugas dengan Tabung Haji ke?”

tergelak kecil saya mendengar pertanyaan ini…

Saya akan berada di China hingga 11 Julai 2011. Rehat sehari, 13 Julai 2011  keluar sekali lagi hingga 19 Julai 2011. Kali ini ke Jordan dan  Palestin bersama krew Usrah TV9 di dalam siri pengambaran “Usrah” di bumi Anbiya ini…

Pulang beberapa hari, 22 hingga 24 Julai saya akan bersama kita semua di dalam program “Tanyalah Ustaz” bertajuk Prinsip Keluarga Bahagia.

25 Julai sekali lagi saya akan ke China bagi mengendalikan group terakhir Tabung Haji ke Guangzhou China sebelum menyambung sedikit hingga ke awal puasa bersama krew Usrah TV9 yang akan membuat liputan mengenai puasa umat Islam di China.

“Jadi ustaz tak ada le Isnin minggu ketiga” kata DJ Yati yang mengendalikan segmen SURI di Radio IKIM.

Jadual saya bersama IKIM adalah setiap Isnin minggu ketiga dan keempat.

“Mmm, kalau macam tu, kita buat rakaman ye” kata DJ Yati.

5 Julai 2011 jam 5.00 petang, saya bersama DJ Yati membahaskan mengenai nafkah dan juga perihal  poligami menurut Islam dan Undang-Undang Negara. InsyaAllah ia akan bersiaran pada Isnin minggu ketiga, lebih tepat lagi 18 Julai 2011 jam 10.00 pagi.

Sementara masih muda dan kuat, semoga dakwah dapat dibuat semaksima mungkin untuk berkongsi bersama masyarakat sekelumit pengetahuan agar sentiasa kita memperbaiki diri di dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

4 Syaban 1432/ 6 Julai 2011 jam 1.30 pagi

IMG_2726

Bersama DJ Yati di dalam segmen SURI

IMG_2730

IMG_2731

Semoga memberi manfaat untuk diri ini dan semua, amin…

3 comments:

boxhousestudio said...

amin Ya ALLAH....semoga ALLAH SWT kurniakan kesihatan yang cemerlang buat Ustaz Amin sehingga akhir hayat ...Insya ALLAH.....

Anonymous said...

Memang sibuk ustaz ni. Saya suka rancangan ustaz kat IKIM, juga penceramah2 lain serta tafsir oleh ust Zahazan.
Ttg 2 DJ bersama2 berbicara/berceloteh tu, saya lebih suka yg dulu2 yg sama2 gender (x mcm sekarang lelaki & perempuan). Maaf ye, mungkin saya ni tak moden,x paham keadaan semasa, tak tau le..radio lain tak pe le.

saya

Sharifah Aliman said...

Teruskan usaha Ustaz berdakwah tanpa jemu. Lebih ramai orang spt Ustaz, lagi baik. Moga Allah permudahkan segala urusan Ustaz.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...