Friday, February 25, 2011

Diari 289 - “Sejarah Islam Nusantara” dua tempat di UiTM

“Ustaz, jangan lupa ye…” kata puan Rozita, pensyarah di UiTM ketika menjemput saya memberikan ceramah sempena Maulid bertajuk “Sejarah Islam Nusantara” kepada kakitangan dari Fakulti Kejuruteraan Awam pada 23 Febuari 2011 bermula jam 10.00 pagi.

Apa yang mengharukan saya ialah testimonial dari pelajar-pelajar di sini setelah mendengar ceramah multimedia “Sejarah Islam Nusantara”.

“Yang malas belajar jadi rajin ustaz, dan yang tak pakai tudung dan ada yang mula pakai” kata Puan Rozita.

“Sebab itulah saya nak bawa sangat sekali lagi pada staf pula” katanya.

Tidak ada yang mampu saya ucapkan melainkan pujian pada Allah yang memberikan perubahan pada hati-hati..

Memang, modul “Sejarah Islam Nusantara” di susun untuk memberikan suntikan kesedaran kepada pendengar pentingnya kita bersungguh-sungguh di dalam apa sahaja yang kita buat.

IMG_6067

Walaupun ceramah maulid, tetapi tajuk yang dibawa ialah “Sejarah Islam Nusantara”

IMG_6065

Antara yang hadir

IMG_6066

majlis dimulakan dengan nasyid dan bacaan sajak dari para pensyarah

 

Jumaat 25 Febuari 2011, jam 9.00 pagi, sekali lagi saya dijemput oleh UiTM di Pusat Islam untuk mengisi ceramah maulid.

Kali ini seorang ustaz menghubungi saya..

“Ustaz, kita buat di ruangan solat” katanya.

Terbayang saya, ia hanyalah seperti di Surau seperti jemputan saya di Universiti lain.

Ketika saya melangkah ke Pusat Islam UiTM, saya agak terkejut kerana ia merupakan dewan besar yang sangat kondusif, berhawa dingin dengan sistem pembesar suara yang canggih, skrin yang besar dan dipenuhi oleh staf UiTM, rupanya hari ini adalah perarakan dan kemuncaknya adalah ceramah Maulid.

Sekali lagi saya, saya membawakan “Sejarah Islam Nusantara” kepada para pendengar.

Walaupun masa yang diberikan pada saya hayan 45 minit, tapi isi penting dalam ‘Sejarah Islam Nusantara” dapat di sampaikan.

Apa lagi, kembang kempis hidung pendengar bersemangat kerana tahu apa yang perlu dibuat selepas ini.

Alhamdulillah, majlis dapat disempurnakan dengan baik..

Semoga ia dapat dikongsikan dengan lebih ramai lagi, agar memberi manfaat dan kesedaran terutama di dalam mengembalikan jatidiri kita sebagai Melayu Islam. Tapi semuanya….

Dengan izin Allah…..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

22 Rabiul Awal 1432/ 25 Febuari 2011 jam 6.55 petang

IMG_6070

Dewan Pusat Islam UiTM

IMG_6072

Di tengah memakai baju kelabu, Dato’ Abdullah, Timbalan Naib Censelor HEP juga bersama di dalam masjlis pagi ini..

IMG_6073 

IMG_6076

Antara hadirin yang bersama

4 comments:

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

As salam Ustaz Amin,
Saya Shahroll yang bergambar dengan Ustaz pagi tadi di Pusat Islam UiTM..
sedikit cebisan dari saya;

http://www.shahrulhairy.com/2011/02/sambutan-maulidur-rasul-peringkat-uitm.html

Semoga Allah melindungi Ustaz sentiasa dalam usaha menyebarkan agama Islam.. Aminn =)

Anonymous said...

Louis Theroux: The Ultra Zionists di you tube

alihassan said...

Salam ustaz.

Maaf kerana persoalan yang diutarakan tiada kena mengena dengan n3 diatas. Disini saya ingin bertanya beberapa soalan berkenaan kalendar hijrah.

1. Rasulullah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tetapi tiada tahun berapa kerana kalendar hijrah wujud dizaman Syaidina Umar. Persoalannya bagaimana wujudnya tarikh 12 Rabiulawal tersebut sedangkan kalendar hijrah belum wujud lagi waktu kelahiran baginda.

2. Apakah tarikh 1 Muharam dikira pada hari pertama nabi menjejak kaki dibumi Madinah.

3. Bolehkah pihak-pihak berwajib dan cerdik pandai Islam diMalaysia atau dimana saja membuat satu kalendar sebelum hijrah seperti kalendar sebelum masihi. Sebagai contoh nabi wafat pada 12 Rabiulawal tahun 10 @ 11 hijrah seperti yang kita maklum dan baginda lahir pada 12 Rabiulawal tahun 52 @ 53 sebelum hijrah ( Umur nabi pada wafat ialah 63 tahun dan nabi tinggal diMadinah hanya 10 tahun jadi 63-10= 53)

Maaf kerana mengutarakan soalan bodoh dan cadangan pelik tetapi saya hanya ingin mendapat kepastian. Saya rasa dengan adanya kalendar tersebut banya manafaatnya buat umat islam hari ini dan generasi akan datang

Hijau said...

Salam Ustaz.

Saya kini tinggal di Eropah, dan penemuan Ustaz tentang sejarah Melayu di Russia menarik minat saya.

Saya berharap Ustaz dapat berkongsi dokumentari berkenaan, atau setidak-tidaknya menjualnya dalam bentuk DVD.

Saya yakin ramai yang tertanya-tanya tentang sejarah bangsa ini dan sebarang maklumat yang dapat dicapai tidak akan terlepas dari penglihatan.

Terima kasih

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...