Alhamdulillah, dapat kita berkongsi jawapan pada soalan yang diajukan
najla ustaz, adakah suntikan vitamin c + kolagen dibolehkan dalam Islam? 2010-11-15 6:00 AM
Untuk kesihatan dan perkara yang digunakan tidak najis, maka harus
eza salam ustaz,kalau kita membuat kenduri arwah atau tahlil apakah tujuan kita itu akan sampai kepada si mati,ada org kata org hidup blh mdoakn org yg mati tpi org yg tlh mati xblh mendoakan diriny tapi blh mdoakn org yg hidup 2010-11-15 2:30 AM
tujuannya untuk sedekahkan pahala pada mereka dan insyaAllah sampai lebih-lebih lagi kalau yang baca itu anak sendiri.
Bab orang mati mendoakan orang hidup saya tak jumpa, tetapi perkara yang saya tak jumpa bukan bermakna tak ada, rujuk ustaz lain, kerana yang saya jumpa orang mati tidak boleh mendoakan kita kerana setelah orang mati, terputuslah amalannya, sedangkan berdoa merupakan salah satu amalan.
sy Salam ustaz, doa apakah yang terbaik untuk diamalkan spya mendapat suami yg menpati ciri2 dlm islam..terima kasih ustaz atas jawapan yg diberikan.. 2010-11-14 2:38 PM
dalam bahasa Melayu pun tak apa
zmz perempuan hanya memakai coli&seluar dlm, dlm telekung ketika solat. boleh tak?
2010-11-13 3:44 AM
Boleh jika telekung tu tak menampakkan warna kulit
zmz apa makna ayat ketika sujud dlm solat dhuha, WAHABLI YA WAHHABU ILMAN WAHIKMATAN WARZUKNI YA RAZZAKU KUN LI MUSAHHALA
2010-11-13 3:42 AM
“Kurniakanlah pada ku wahai yang mengurniakan, (kurniakan) ilmu dan nikmat dan rezkikan aku wahai yang memberi rezki, jadikanlah aku orang yang memperbaiki (diri)
eigenzone adakah ilmu tafsir mimpi ini wujud? macam menipu je 2010-11-12 12:59 PM
wujud, tersebut di dalam al-Quran kisah Nabi Yusuf
Guest saya membuat korban seekor lembu, bolehkah kalau saya meminta bahagian tertentu untuk di simpan kepada keluarga saya 2010-11-16 9:05 AM
Boleh melainkan jika korban nazar, tak boleh nak minta apa-apa bahagian
Guest apakah wajib memasukkan air dlm hidung semasa berwuduk? 2010-11-16 3:59 AM
sunat
fiza7374 apakah hukumnya membuat korban utk org yg tlh meninggal dunia?
2010-11-16 2:37 AM
Ada khilaf, ada yang berpendapat boleh dan ada yang berpendapat tidak, bagi saya, buat dan niatkan pahala untuk si mati
Guest Salam...ustaz...saya telahpun membuat korban tetapi perlukah saya membuat aqiqah semula..yg belum dibuat dahulu..tk 2010-11-15 9:26 AM
Kalau harta sendiri sebenarnya korban lebih baik, akikah harta ibu dan ayah
Guest Salam........ustz saya keliru perbezaan antara ibadah korban dan aqiqah..yg mana lebih wajib n patut didahulukan..tk 2010-11-15 9:25 AM
Dua-dua sunat
PemeliharaAgama Salam ustaz.boleh ke kalau akad nikah di luar negara kemudian akad nikah skali lg di Msia tnpa lapor/daftar bagi elak denda mahkamah yg terlalu tnggi?
2010-11-18 10:03 PM
Boleh
rj Salam Ustaz. Saya rasa semakin banyak majlis ilmu saya hadir, semakin banyak yg saya tak tahu.Adakah ini perkara biasa? 2010-11-18 9:57 AM
itu tanda dah dapat ilmu, kalau semakin hadir, semakin rasa tahu semua benda, ada masalah dalam belajar tu…
FHKL Salam ustaz.sebagai anak kita tak patut berkasar dgn ibu kita. ttp apa hukumnya ustz kalu ibusaja wat kita marah supaya kita berkasar?dan dpt dosa? 2010-11-18 8:44 AM
Dosa
Guest apakah ada ganjaran bagi suami memberi ruang isteri mengerjakan hajii dahulu kerana kerana tiada siapa menjaga anak - walaupun suami ingin pergi sama 2010-11-18 7:03 AM
Ada
yatie Salam ustaz, nak tanya sek.ren Islam Al Amin & Maahad sains tu kat mana? bagai nak registered & apa kelulusannya? 2010-11-18 3:23 AM
Di Bandar Baru Sunway
Guest salam....ustaz sy nak tanya apakah hukum menantu bersalam dengan bapa mertua (ayah tiri suami) 2010-11-17 3:56 PM
Harus, ayah tiri kalau dah bersama dengan ibu, maka dia seperti ayah sendiri
Guest ustz, bolih tlg nasihatkan, cara suruh anak2 solat.setiap masuk waktu, suruh solat, katanya nanti.akhirnya tak solat.rasa sedih, anak tak dengar kata. 2010-11-19 5:55 AM
Terus ingatkan, budak sekarang memang macam tu…
Guest Boleh ke kita bersentuhan atau bersalaman dgn bangsa lain yg memelihara dan memegang anjing. 2010-11-19 1:34 AM
Kalau tengok depan mata kita dia pegang anjing, maka kalau bersalaman dan tangan basah, kena samak, kalau tak tengok depan mata, tak apa
A'in bolihkh ibadat qurban kita wkilkn anak kita sbg wakil keluarga bgmana fdhilatnya
2010-11-19 1:29 AM
Boleh, lagi afdhal
A'in ustz,bolih tlg jelaskan masalah tahan angin/kentut dgn ibadat solat trutamanya n bagaimana jika iaadalah penyakit kerap kentut adakh mcm silslbaui 2010-11-19 1:26 AM
Sulasibaul masalah kencing, masalah kentut, kalau keluar kena ambil wuduk dan solat balik, keculi memang dah penyakit..
Guest Aslm. Bolehkah kita guna tangan isteri untuk melepaskan nafsu. Dia uzur.
2010-11-22 3:06 AM
harus
A'in ustz,bolihkah diberi zakat kpd bapa mentua n bapa saudara yg brendapatan wang pencen kurang rm 600 serta ada tanggungan 2010-11-21 2:16 AM
Bapa mertua tak boleh, kalau dia susah kena beri nafkah, bapa saudara boleh
zhaz seorg ahli politik pertikaikan tarikh a/adha di malaysia tahun ini krn berbeza dgn arab saudi. Apa pndapat ustaz? adakah ini politiking semata2? 2010-11-20 11:10 AM
wallahualam
A'in ustz,apakh hukum melontar jamrah lebih dr 7 lontaran,bg meyakinkan
2010-11-20 2:21 AM
Untuk yakin, harus
Guest ust,sy sedih sangat..suami kawin lain senyap2 ust..sy tak nak bermadu..apa perlu sy buat ust. 2010-11-19 11:15 PM
Selawat untuk ubat hati
Guest salam ustaz, boleh tak ustaz uruskan aqiqah bagi pihak saya untuk saudara2 kita yang kurang berkemampuan di vietnam atau mana2 tempat yg ustaz lawat? 2010-11-23 3:04 AM
insyaAllah
Guest ust, boleh kita membakar pewangi yg di panggil setanggi? saya pelik kerana adaseorang kawan yg membakar setanggi utk wangi adakah itu dikira spt orang india? adakah unsur kurafat disitu? 2010-11-23 12:00 AM
Boleh, bagi budaya Melayu memamg pelik, bagi orang Arab atau India, biasa, ia sebagai mewangikan kawasan
Abdul Bolehkah saya menunaikan haji dengan wang pinjaman bank?...setahu saya,orang yg berkemampuan saja yg wajib menunaikan haji. 2010-11-22 11:35 AM
Kalau confirm kita mampu bayar balik, maka boleh
nieaz ust, klau kita ada buat personal loan utk bayar utang,perlu kah kita mengeluarkan zakat?
2010-11-22 3:57 AM
tak
asrul salam ustaz. saya nak bertanya bagaimana cara untuk membayar fidyah untuk orang yg telah meninggal dunia, bila waktu usianya yang patut untuk dikira kita boleh ke bayar fidyah kepada rumah anak yatim selain diberi kepada fakir miskin dan boleh ke nilai beras tu ditukarkan kepada wang ringgit ? 2010-11-24 3:17 PM
1. bagi terus pada fakir miskin
2. fidyah kira dari tahun tak mampu puasa
3. tukaran pada wang harus
aish salam ustaz.adakah batal air smbhygjika suami isteri bersentuhan...tq 2010-11-24 2:17 AM
Dalam mazhab Syafie, batal, dalam Mazhab lain, jika bernafsu baru batal
Guest No. 1 menunaikn haji ttapi usaha yg dilakukan. Allah tdk akan bertanya tentg kejayaan hambaNya ttapi usaha yg dilakukan. Betul ke ustaz apa yg dkatakn ini?
2010-11-23 3:47 AM
Betul
Damia ustaz, jika tak sempat qada' puasa ramadhan 2009, msuk pula ramadhan 2010. kena byr fidyah. puasa kena digandakn jg ke? cth: 2hari jd 4hari. 2010-11-26 7:01 PM
Tidak
Guest saya tinggalkan kedai sekejap utk solat, dosa tak saya sebab tak jalankan tugas sbgai pekerja/amanah bos utk jaga kedai? 2010-11-26 7:18 AM
Tidak, asalkan lepas solat terus balik kedai, jangan tidur pulak dekat surau tu…
fasihaa salam ustaz, tanda2 kematian ape ek ? 2010-11-25 3:41 AM
Jantung berhenti
yatie Salam ustaz, apa pendapat ttg derma organ, adakah ustaz or org2 alim turun menderma juga??? 2010-11-29 3:37 AM
harus
Hamba Allah Salam ustaz.Mcm mane nak nasihatkan seorang suami yg suka menipu?Lebih2 lg psl solat.Cakap dh solat,tp sbnarnye x.Apa yg patut sy lakukan?? 2010-11-29 3:31 AM
Terus ingatkan dan jangan putus asa
“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
4 Rabiul Awal 1432/ 7 Febuari 2011 jam 8.55 pagi
4 comments:
Assalamualaikum ustaz,
Saya Mohammad Ridhwan dari Pulau Pinang ingin betanyakan satu soalan berkaitan mimpi. Pada pandangan ustaz, adakah bermimpi sedang akad nikah merupakan sesuatu yang baik? ini kerana saya bermimpi sedang "akad" nikah dan wajah calon isteri didalam mimpi saya amat jelas tetapi ia adalah seseorang yang saya tidak kenali dan saya tidak dpt mengingati wajah beliau setelah tersedar dr tidur diawal pagi sebelum masuk waktu subuh.sekian terima kasih
ustaz,
saya ingin bertanya..
adakah mengambil insuran diri haram?
ada kawan saya mengatakan tak boleh menginsurankan diri dan duit itu juga tidak diketahui sumbernya..
terima kasih..
Assalamualaikum ustaz,
Bolehkah ustaz terangkan bacaan yang sepatutnya di dalam sujud sahwi?
Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanya mengenai kemusykilan mengambil suntikan vitamin c dan kolagen.Tujuan pengambilan kerana setelah hampir dua tahun mengambil minuman kolagen serta pelbagai suplemen,menggunakan produk kulit,kulit saya masih sentiasa berjerawat disekeliling muka,kulit kusam dan juga berjeragat. Difahamkan,melalui suntikan kolagen dan vitamin c,kulit muka saya boleh disembuhkan.Apa yang menjadi persoalan,bolehkan saya mengambil suntikan tersebut,dan jika kulit muka sudah pulih,bolehkan pengambilan suntikan ini diteruskan.Harap ustaz dapat beri penjelasan.
Sekian terima kasih
Post a Comment