Friday, February 4, 2011

Sekilas 40 – Anak-Anak Mesir Kita….

Memang ramai ibu bapa yang pernah anaknya saya tolong urus ke Mesir menghubungi saya.

“Ustaz, macam mana ye keadaan di sana?”

Dan seperti biasa, jawapan paling positif yang saya akan berikan.

“Semuanya ok…”

Kenapa?

Kerana kalau kita risau, tidak tenang dan susah hati pun, ia tidak akan mengubah apa-apa. Sebagai manusia, kita kena rancang semaksima yang boleh, baki serah pada Allah dan Allah tidak pernah mensia-siakan orang yang bertawakal padaNya.

Firman Allah :-

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya (Surah Ali Imran ayat 159)

Beberapa orang anak murid yang saya urus ke sana telah selamat sampai ke Malaysia. Baki sedang dalam urusan, semoga Allah memberi keselamatan pada mereka semua.

Salam seorangnya Azim, anak Haji Arshad(hajiarshad.blogspot.com).

3 Febuari 2010 jam 7.30 malam, Beberapa sahabatnya menjemputnyanya di lapangan terbang. Ketika Azim sampai, saya masih berada di Kuala Lumpur untuk beberapa urusan.

Setelah meletakkan begnya di rumah, Azim terus mendapatkan saya di Kuala Lumpur.

“Ustaz, pusat pengajian cuti panjang ni, Azhar pun dengarnya cuti setahun” kata Azim.

Yang ada bersama saya ketika itu semua terkejut.

Fikirian saya terus menerawang, bukan kerana pusat pengajian yang cuti itu, tetapi bagaimana nak aturkan pengajian anak-anak murid bawah jagaan saya ini. Kalau benar setahun, masa tidak boleh dibuangkan begitu sahaja.

“Mmmm…. saya tahu mana nak aturkan..” bisik hati saya…

Ada lebih kurang 11 ribu pelajar kita di Mesir, bermakna, ada lebih kurang 11 ribu insan bergelar pelajar yang akan tertangguh pengajiannya. Jika ini terjadi, bermakna, kita memang kena bantu agar jangan sampai semangat belajar mereka hilang.

Mereka anak bangsa dan seagama dengan kita, sebuah aset yang tidak kalah penting bagi pembinaan negara masa hadapan.

Semoga mereka tidak hilang semangat untuk ilmu dan dapat bertemu orang yang betul di dalam memberi nasihat mengenai pengajian mereka.

Bagi kita, doakan anak-anak pelajar ini, semoga Allah bersama mereka selagi mereka menjaga hal Allah, amin…

“Sekilas Mewarkan Peristiwa”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

1 Rabiul Awal /4 Febuari 2011 jam10.10 malam

5 comments:

twistal said...

Salam
Moga2 ada pihak yang tampil memberi idea kepada kerajaan untuk membuat sesuatu kepada sahabat2 yang menuntut di Mesir....

Anonymous said...

Salam..Di sini ada sedikit pembetulan tentang khabar yang menyatakan Al-Azhar cuti selama setahun.Al-Azhar tak pernah keluarkan kenyataan sedemikian.Maklumat yang baru diterima tadi mengatakan pengajian di Al-Azhar dibuka semula pada 13hb ini,bergantung kepada keadaan semasa..waLlahua'lam..

Ustaz Amin said...

syukran pada info terkini, mungkin betul pandangan sesetengah pelajar yang tak balik....

boxhousestudio said...

di doakan agar anak anak ini akan terus bersemangat dan terus bersemanagt untuk menghadapi pembelajaran ..YA ALLAH bantulah kami dengan anak anak ini....berilah kami petunjuk dan hidayah ...amin amin amin ya rabbal alamin....

Shahabudeen Jalil said...

saya baru dpt info confirmation..maklumat ustaz pasal azhar cuti setahun tu adalah salah.

saya rasa ustaz kena selidik maklumat sebelum tulis dlm blog.