Monday, February 14, 2011

Bicara Ilmu 25 – Tanyalah Ustaz “Menghayati Nikmat…”

Selasa 8 Febuari 2011, saya diminta untuk menghadiri sisi foto di Sri Pentas.
“Ustaz nanti bawa baju lebih sikit ye” kata Rozi, penerbit program Usrah.
Saya sampai di Sri Pentas jam 11.00 pagi. Rupanya pagi ini, saya dan ustazah Hasni, yang juga pengendali program Usrah diminta ada di sesi foto.
Secara jujur saya tak reti nak menggayakan aksi itu dan ini. Bagi ustazah Hasni, beliau memang telah biasa di ambil gambar bagi beberapa majalah, jadi geraknya tidaklak kekok.
“Ok ustaz, pusing sikit….”
“Ok ustaz, angkat tangan sikit…”
“Ok ustaz senyum sikit….”
Dan berbagai lagi, berbagai baju digayakan, ada macam gaya korporat, ada gaya Arab, dan ada gaya macam “Wak Joko..”
Agaknya, beginilah kehidupan artis yang menjadi pujaan, selalu digambarkan bahawa mereka terlalu sempurna sedangkan tidak ada manusia yang sempurna di dalam hidupnya.
Dan yang paling malang, jika perasaan ini dapat merangsang keegoan, maka akan jadilah seseorang itu rasa di paling bagus, paling disanjung dan lain-lain lagi yang dipanggil sebagai ujub, riyak dan takabbur.
Selepas sesi pengambaran, saya beristighfar panjang, semoga Allah memelihara diri ini dari bersifat demikian.
Tamat sesi pengambaran, saya memenuhi program “Tanyalah Ustaz” bertajuk “Menghayati Nikmat. Ingin saya kongsikan jenis-jenis nikmat.
Pertama, kita bincang, apakah yang dikatakan nikmat? Nikmat ialah :-
مَا يَتَلَذَّذُ اْلإِنْسَانَ
Apa yang memberi kelazatan kepada manusia
Jika kita lihat dari sudut nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada manusia ini, ia terdiri dari lima perkara.
1. Nikmat asasi نِعْمَةٌ أَسَاسِيَّةٌ
Iaitu nikmat yang menyempurnakan kita sebagai manusia. Ia terbahagi kepada dua iaitu perkara yang semulajadi dan yang di usahakan
i. Nikmat asasi yang semula jadi adalah seperti mata, mulut, udara dan apa-apa juga yang Allah jadikan untuk kita sebagai hambanya. Kadang-kadang, oleh kerana ia memang sedia ada di dalam diri kita, kita terlupa untuk menilainya sebagai nikmat. Kita hanya akan merasakan ia satu nikmat apabila Allah telah tarik nikmat ini. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa kita tidak akan mampu menghitung akan nikamat Allah ini :-[1]
وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
ii. Nikmat asasi yang boleh diusahakan seperti makanan, minumah, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Dengan usaha yang diizinkan kepada kita dan dengan kemurahan Allah, kita akan mendapat lebih jika kita mengusahakan sesuatu perkara dengan baik. Penganugerahan nikmat ini merupakan tanda pemurahnya Allah kepada makhluk-makhluknya.

2. Nikmat yang menyenagkan hati ( emosi ) نِعْمَةٌ قَلْبِيَّةٌ
Nikmat yang menyenangkan hati ini ialah seperti seperti harta, anak, isteri dan sebagainya. Penganugerahan nikmat seperti ini akan menyebabkan hidup manusia lebih selesa dan bahagia. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa :-[2]
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
3. Nikmat yang menyenangkan fizikalنِعْمَةٌ بَدَنِيَّةٌ
Nikmat ini adalah anugerah Allah pada perkara yang berkaitan dengan fizikal kita seperti nikmat kesihatan. Ia satu anugerah nikmat yang perlu dicari dan dijaga. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa :-[3]
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفاً وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ
Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
4. Nikmat yang berbentuk mentalنِعْمَةٌ عَقْلِيَّةٌ
Nikmat jenis ini ialah nikmat yang Allah anugerahkan yang berkaitan dengan akal seperti pengetahuan dan juga pengalaman. Pengetahuan datang dari belajar dan pengalaman datang hasil kita berinteraksi pada alam dan juga pada kitab-kitab. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa :-[4]
يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيْرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

5. Nikmat yang berbentuk sipiritualنِعْمَةٌ إِيْمَانِيَّةٌ
Ini adalah nikmat yang paling tinggi. Itulah nikmat iman yang dapat memberikan kesenangan dan kelazatan kepada diri manusia.
Kesimpulannya, nikmat adalah satu anugerah Allah, ia ada berbagai bentuknya. Hendaklah kita berusaha untuk memilikinya terutama nikmat iman, itulah nikmat yang paling tinggi sekali.

“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
11 Rabiul Awal 1432/14 Febuari 2011 jam 3.45 petang

[1] Surah an-Nahli ayat 18
[2] Surah ar-Rum ayat 21
[3] Surah ar-Rum ayat 54
[4] Surah al-Baqarah ayat 269
IMG_5320
Biasanya sebelum apa-apa pengambaran, maka memang kena berbedak sikit, supaya muka tak nampak berminyak
IMG_5348
Bahagian ini yang saya tak reti..
IMG_5373
Gaya “Wak Joko…” :)
IMG_5374
Biasanya, seorang artis akan digambarkan dengan penuh kehebatan sedangkan Allah sahaja yang maha sempurna..
IMG_5389
“Haa. naikkan tangan sikit ustaz….”
IMG_5392
Selepas itu, saya bersama dengan ibu dan kakak dari Ulu Klang 
IMG_5405
Tajuk perbincangan kali ini ialah “Menghayati Nikmat..”
IMG_5415

IMG_5424
Kenangan bersama-sama ibu dan kakak saya dari Ulu Klang

2 comments:

Hadis said...

Assalamualaikum,

Saya amat meminati apa yang ustaz telah perbuat bg kebajikan bersama.. Tapi saya ingin berkongsi dgn ustaz sedikit sahaja..

Apakah yang membuktikan pemurahnya Allah ??? yang jelas lagi nyata.. di mana letaknya pemurahnya ALLAH..

Sesungguhnya manusia itu sombong dan melampaui batas.. kerana merasakan diri mereka serba cukup.. tetapi mereka sebenarnya jahil akan agama mereka sendiri.Ramai manusia pandai bercakap tetapi tidak pandai berbuat..

Agama kini hanyalah tradisi semata-mata.Hanya ritual sahaja yang dilaksanakan.Roh yang sebenarnya telah hilang.. Umpama masjid nabawiyyah.. dahulunya ianya gah beserta dgn spirit yang hebat.Tapi kini ...

saya hanya berkongsi.. apa yang baik datangnya dari Allah,dan kekurangan itu datangnya dari diri saya.. pohon maaf/

ecah said...

asalamualaikum ustaz ^_^

kelmarin aishah tgk tanyalah ustaz di tv9 pagi tajuk menghayati nikmat sgt2 membina cara penyampaian ustaz. terima kasih ustaz untuk ilmu yg disampaikan ustaz. alhamdulilah dapat aishah ilmu untuk aishah manfaat kan sepanjang masa.... dapat aishah menghayati nikmat hidup ini.. insyallah...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...