Monday, February 7, 2011

al-Ijabah 84 – Kenapa Boleh Jadi Macam Ni….?

Saya pun tidak tahu mana puncanya……

Masuk kali ini, sudah beberapa kali Syiqin terputus ubat.

Nurasyiqin, anak yatim piatu yang ada bersama kita di dalam rumah al-Ijabah adalah seorang anak yang menghadapai penyakit jantung berlubang.

Dalam beberapa ketika membantunya di Gleneagles hospital di Ampang, beberapa kali ubatnya terputus atas alasan bekalan ubat belum sampai.

Sekarang, pemeriksaan bagi jantung berlubangnya ditaja oleh NST, dan saya sangat berterima kasih kepada NST untuk itu, tapi kenapa perkara ini boleh berlaku?

Masuk hari ini, sudah seminggu bekalan ubatnya terputus. Saya yakin dengan kesembuhan yang dikurniakan Allah, tetapi sebagai manusia kita harus memaksimakan usaha kita.

Saya telah merujuk kepada beberapa orang doktor, semuanya mencadangkan agar rawatan Nurasyiqin di pindahkan ke IJN (Institut Jantung Negara) dan berbagai faktor dilogikkan pada saya.

Bagi saya, takkan perkhidmatan professional Gleneagles hospital di Ampang agak rendah, dan saya tidak mempercayainya, tetapi apa yang berlaku seolah-olah membenarkan telahan orang pada saya.

Pihak hospital tidak pula berterus terang mengenai kemungkinan tajaan yang lambat diberikan hingga menjejaskan rawatan dan sebagainya.

Apa pun, minta didoakan segala urusan, semoga Allah yang maha pengasih sentiasa bersama hambanya, dan Allah tidak pernah mensia-sia orang yang tiada ibu dan ayah kerana Allahlah pelindung melebihi segala pelindung.

 

“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

4 Rabiul Awal 1432/ 7 Febuari 2011 jam 9.20 pagi

http://www.ustazamin.com/2010/11/al-ijabah-78-rawatan-untuk-syiqin.html

http://www.ustazamin.com/2010/10/al-ijabah-76-akan-ku-usahakan-yang.html

6 comments:

Irdina said...

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan...

Amin..

http://irdinailham.blogspot.com/

Rayz said...

Semoga adik Syikin sembuh dari penyakit yang dialami. Amin..

Penditakainsingkat said...

Salam Ustaz,

Saya simpati dgn adik Syikin dan doakan semoga sembuh.

Kpd ustaz saya cadangkan, ikutlah nasihat rakan2 supaya usahakan ke IJN. Usahlah buat andaian pd masa ini. Focus pd cara terbaik menyelamatkan pesakit. Memang banyak bisikan2 positif dan negatif dalam sepanjang hidup kita. Org yg berjaya sentiasa focus pd niat asalnya.

Maaf, assalamualaikum.

Anonymous said...

ustaz, glaneagle biasanya uruskan pembedahan ihsan NST.kalau ubat terputus, ustaz boleh bawa slip ubat tu ke mana- mana hospital kerajaan untuk ambil stok ubat atau dapatkan di farmasi,x mahal sangat .kalau adik shikin dan dapat tarikh untuk operation di glaneagle melalui NST seeloknya di teruskan rawatan di glaeagle .kerana untuk ke IJN juga kena perlu belanja operation ,perlukan bantuan kewangan dan mungkin giliran utk operation lebih lama,sebab ramai melalui hospital kerajaan yang ke IJN juga.

Anonymous said...

salam.. apakah status pendapatan dlm bidang perniagaan pelamin utk pengantin..

Ummi said...

Salam ustaz
Yg sepatutnya jumpa doktor bawak berbincang. Tak puas hati mintak jumpa 'superior'. Hospital prebet ni dibayar NST, adik Syikin tidak pun dirawat free. Kalau betul diabaikan perawatan nya, ada hak komplen.
Saya google Glen hosp./Parkway. Ada org (bekas?) Khazanah kat situ.