Hari ini, 1 Febuari 2011, hari yang bersejarah kerana dengan izinNya jua, coaster anak yatim dan tafiz al-Ijabah telah berjaya dikeluarkan.
Selepas mengajar di Yayasan Restu, jam 11.00 pagi, saya telah ke Segambut untuk mengambil coaster ini.
Tidak pernah terfikir ia akan terus dipermudahkan, tetapi itulah realiti yang terjadi ketika menguruskan kenderaan anak-anak ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan pada semua yang bersama-sama membantu sehingga berjaya mendapatkan coaster ini, semoga Allah bersama kita semua, dan semoga ia menjadi sedekah jariah yang terus mengalir kepada kita, amin…
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
27 Safar 1432/1 Febuari 2011 jam 6.15 petang
Akhirnya…..
Ada road tax maknya dah boleh jalan dah ni…
Kesyukuran padaMu Allah……..
1 comment:
terima kasih ya allah, terima kasih ya rahman terima kasih ya rahim... kau telah permudahkan urusan hamba mu yang sorang ni.....alf mabruk ya sheikh...
Post a Comment